Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 13 Disember 2009

Inilah pemimpin sebenar...











12.12.2009,Bukit Gantang : Hari ini sahaja di sekitar Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah mengabiskan masa Beliau di sana.Seperti jadual yang telah disusun oleh Pegawai Khas Beliau hari ini sahaja 4 majlis perkahwinan telah dihadiri oleh MB Rakyat ini.Sememangnya telah menjadi kebiasaan Dato Seri Nizar yang tidak pernah mengecewakan rakyat yang mendambakan kehadiran Beliau ke majlis-majlis penting mereka.Bagi Dato Seri pula tiada apa yang lebih penting buat Beliau melainkan dapat bersama dengan rakyat tanpa mengira bangsa dan darjat mereka.

Apa yang menarik sepanjang kami ikut serta bersama Beliau ialah ungkapan yang tak pernah lekang dari bibir-bibir rakyat tanpa mengira lapisan umur iaitu gelaran MB yang mana dikalangan kebanyakkan rakyat masih berpegang dengan prisip itu.Antara ayat yang diungkapkan ialah `MB Nizar ada sini,Mai Cepat '... Anda tafsirlah sendiri...!

Yang Hidup Di Rai,Yang Pergi Di Ingati-DS Nizar


Dalam kesibukkan Beliau memenuhi undangan majlis-majlis yang ada,Dato Seri tidak pernah melupakan Rakyat yang lain.Pagi tadi sebaik sahaja menerima berita kematian penduduk di Bukit Tengah Changkat Ibol,Dato Seri dan juga pegawai-pegawai Khasnya telah melapangkan diri dan pergi menziarahi Jenazah di rumah allahyarham.-Al Fatihah buat Allahyarham.















ihsan sya-reformis

Tiada ulasan: