Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 28 Disember 2009

Tiada ahli pas yang sertai perhimpunan di Selagor- Tuan Ibrahim

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA_CwXMZx6DhjdaVoqTpum4gzP77Auz4dd5n0HD0HmCOzAJ8qjcHdozwybhXkMF53uPFWSJ-0tpNQaWCpPHJ0p5NbLnBcSa3cEZ08PDPrhtAqJCQyWQf5vFEz-Off9Gksex1n_I7HNuXlW/s320/gambar+demo+27+dec.jpg


http://pekanawah.files.wordpress.com/2009/05/tuan1.jpg


KOTA BAHARU - Pas berkata tidak ada anggotanya yang terbabit dalam perhimpunan mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang yang diadakan di hadapan Pejabat Perhubungan Pas Selangor, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, siasatan awal mendapati mereka yang terbabit bukanlah anggota Pas.

"Jika benar mereka anggota Pas sudah tentu mereka akan diheret kepada jawatankuasa disiplin parti tetapi kita telah menyiasat termasuk jurucakapnya dan didapati mereka bukan ahli kita,”katanya.

Pada perhimpunan itu, kumpulan turut mengemukakan 13 perkara dalam memorandum untuk mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang. –Bernama

Tiada ulasan: