Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 20 Disember 2009

As Syeikh Yusuf Al-Qaradawi: Kedatangan anda dihargai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMnplHJFp9W3bqTd5zzRFqFznlb2ASDN0kJkCS_tQeuCLNlSIOKMC_uE-CDjLynqy3nsnQEsZJNe2kHqlBhY0JmR2dTl91L2lqFcvhDrTLeyLVAXdJP1i14M-LMQRVDEUTJz9YaTFg/s400/AMBA0193.JPG




Ya...Syeikh Yusuf Al-Qaradawi juga menyatakan demikian kali terakhir beliau datang adalah 15 tahun yang lalu.

Sebelum itu katanya dia sudahpun melawat Malaysia sebanyak 7-8 kali..dan katanya mungkin ini adalah kali ke 8 beliau melawat Malaysia...saya ada dengar juga yang beliau pernah menyebut yang beliau tidak akan melawat Malaysia selagi Anwar tidak dibebaskan....

Banyak perkongsian yang sempat dicatit cuma masa tidak mengizinkan untuk saya menulis ketika ini..

Paling menarik beliau menyentuh tentang jemputan kepada beliau untuk datang ke Malaysia oleh Presiden UMNO ketika itu bagi membantu mebaiki krisis yang terjadi, krisis besar dalam UMNO di tahun 1978....saya masih perlu buat research tentang ini:)

ISA juga disebut oleh beliau...melalui apa yang diterjemahkan oleh Ustaz Ghani Shamsuddin...menarik sangat....As Syeikh menyebut kali pertama dia datang ialah atas jemputan Presiden ABIM dan ketika itu DS Anwar Ibrahim baru keluar dari ISA....



Membaca do'a penutup dengan sepenuh hati....antara do'anya.." KALAHKAN MEREKA KALAHKAN MEREKA DAN MENANGKANLAH KAMI ATAS MEREKA"



Menghayati setiap bait do'a dengan penuh perasaan moga Allah hancurkan mereka yang zalim yang ingin mengalahkan umat Islam yang ingin membebaskan Islam yang mahu membebaskan umat Islam dan seluruh umat manusia dari belenggu kezaliman.




hassan ali dan anwar ibrahim

Salah satu buku karangan As Syeikh Yusuf Al-Qaradawi: Fiqh Daulah Dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah:dari blog ini..

Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz pernah berkata “Sesungguhnya pemimpin itu ibarat kedai, yang dimasukkan ke dalam kedai adalah barang yang menguntungkan. Jika pemimpin itu baik maka pengunjung kedai juga orang yang baik dan jika pemimpin itu jahat, maka para pengunjungnya juga orang yang jahat”.

Menteri Besar Selangor dalam ucap utamanya dalam majlis tersebut juga menunjukkan buku di atas dan menyebut bahawa mereka menggunakan buku tersebut sebagai panduan dan bahan yang dibincangkan bersama, Alhamdulillah....








Sheikh Dr. Yusuf Al Qardhawi memulakan ucapan dengan menceritakan persahabatan yang terjalin diantara beliau dengan seorang pemimpin muda Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditahun 70an.

Bagaimana pemimpin ABIM tersebut terus memelihara silaturrahmi mereka, walaupun sudah menjadi pemimpin besar negara, pemimpin tersebut terus berhubungan dengan beliau dan beberapa kali mengadakan pertemuan samada dengan menjemput beliau ke negara ini ataupun di luarnegara.

Apablia pemimpin itu dijatuhkan dan di 'aibkan, Sheikh Dr. Yusuf Al Qardhawi menceritakan bagaimana beliau terus menerus berhubungan dan mendoakan pemimpin tersebut, sehinggalah pemimpin tersebut dibebaskan daripada penjara. Kini beliau terus dengan silaturrahim bersama pemimpin tersebut.

Pemimpin yang beliau maksudkan ialah DATO' SERI ANWAR IBRAHIM!

Tiada ulasan: