Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 19 Disember 2009

DAP perkenal konsep Malaysia 5K


http://www.fahnenversand.de/fotw/images/m/my%7Ddap.gif
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memperkenalkan konsep Malaysia 5K iaitu keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, dasar PR dirangka dengan persetujuan semua pemimpin ketiga-tiga parti.

“Kompromi seperti ini adalah petanda baik bahawa kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah berdasarkan landasan perbincangan dan perundingan yang bernas tanpa didominasikan oleh sesuatu pihak," katanya ketika berucap, semalam.

Menurutnya, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, PR akan mengamalkan konsep perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi dengan rakyat ke arah menjadikan Malaysia bebas miskin tegar.

"Kita juga akan membantu rakyat dengan kepakaran ilmu dan pendidikan serta menyediakan peluang saksama kepada semua lapisan masyarakat.

"Rakyat juga mendapat hak berlandaskan hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban," katanya.

Guan Eng berkata, Kerajaan PR akan turut menekankan ketuanan rakyat dan menganggap semua warga sebagai insan bermaruah.

“Dengarlah komitmen kami bahawa kerajaan PR akan memberikan bantuan sama kepada semua rakyat tanpa kira kaum, agama, jantina dan latar belakang,” katanya.

Tiada ulasan: