Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 4 Disember 2009

Majlis Menandatangan Kontrak Pemain Perak 2010

demokrasi93.blogspot.com


Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Satu majlis menandatangani kontrak antara pemain skuad Perak bersama Presiden PAFA, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Bangunan Perak FA, Ipoh disertai pihak pengurusan dan beberapa wartawan arus perdana telah berjalan dengan lancar pagi tadi.

Secara rasminya skuad Perak akan dibarisi oleh 23 orang pemain untuk kempen Liga Malaysia 2010 nanti. Kebanyakkan pemain telah menandatangani kontrak sehingga November 2010 dan ada antaranya mencecah sehingga penghujung musim 2011.

Pada sidang akhbar yang berlangsung selepas majlis tersebut, Presiden PAFA turut melaungkan keyakinan dengan meletakkan sasaran untuk pasukan Perak sekurang-kurangnya menduduki 4 tempat teratas dalam saingan Liga Super nanti.

Presiden juga turut menekankan bahawa pihak pengurusan akan sentiasa mengambil langkah proaktif mencegah gejala menjual permainan yang pernah melanda pasukan Perak musim lalu bersama-sama agensi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Jurulatih baru Perak, Raja Azlan Shah ketika ditanya tentang harapan beliau untuk musim baru nanti turut berkeyakinan tinggi dengan kehadiran beberapa pemain senior Perak seperti K. Nanthakumar yang diharap dapat menjadi “leader” kepada pemain-pemain muda.

“Kita telah membuat persiapan pasukan ini sejak dari permulaan kempen Liga Super 2009 lagi dan inilah masanya untuk para pemain-pemain Perak menonjolkan diri mereka pada musim 2010 nanti.” tegas beliau penuh yakin pada wartawan yang hadir.

Senarai Rasmi 23 Pemain Perak:

PERAK 2010

GK - Megat Amir Faisal
GK - Khairul Izwan (Perlis FA)
GK - Khairul Amri Salehuddin
GK - Kamarul Effandi (masih menjalani pemulihan kecederaan)

DF - Arif Fazlie
DF - Syazwan Roslan
DF - K. Nanthakumar
DF - Mohd Hafiszuan
DF - Arif Ismail (Negeri Sembilan)
DF - Wan Azwari (Pahang)
DF - S. Sathiakumaran
DF - Fauzi Ariffin (masih menjalani pemulihan kecederaan)

MF - Benedict Martin
MF - Hafiz Abdul Rahman
MF - Mohd Nazri Kamal
MF - Shafuan Adli Shaari (T-Team)
MF - Farid Hamidan
MF - Khalis Ibrahim
MF - Isma Alif Salim

FW - Razali Umar
FW - Fauzzi Kassim (Melaka)
FW - Shahrizal Saad
FW - Saufi Sa’aidi

Ketua Jurulatih: Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib
Penolong Jurulatih: Abu Bakar Bin Fadzim
Jurulatih Penjaga Gol: Megat Amir Faisal

Tiada ulasan: