Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 5 Disember 2009

Majlis dialog bersama rakyat di Kampung Baru MTD Sungai Terap Batu Gajah

demokirasi93.blogspot.com


Batu Gajah- Pakatan Rakyat Kawasan Batu Gajah telah mengadakan Majlis Dialog bersama rakyat di Kampung Baru MTD Sungai terap. Majlis ini bertujuan untuk mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi rakyat. Banyak masalah yang dikemukakan penduduk disitu. Antaranya masalah longkang tersumbat, masalah banjir, dan sebagainya.

Penduduk juga ada mengadu kepada pihak kami tentang janji yang diberikan oleh Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Beliau telah berjanji untuk memberi sumbangan sebanyak RM200 kepada mangsa banjir tetapi beliau hanya memberi RM100 sahaja.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis itu. Antaranya ialah Ahli Parlimen Gopeng DR Lee Boo Chye, Adun Tronoh V Sivakumar, Bekas calon DUN sungai Rapat Ustaz Radzi bin Zainol dan YDP Pas Kawasan Batu Gajah, Ismail Bin Ariffin. Wartawan Sinar Harian juga menghadiri majlis tersebut. Penduduk di situ memberi respon yang cukup baik kepada kami.

V Sivakumar ditemu ramah oleh wartawan Sinar Harian, Razif Rosli

YDP Pas Batu Gajah, Ismail Bin Ariffin

MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye


pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat

Ustaz radzi , Ismail dan V sivakumar

ADUN Tronoh, V Sivakumar mendengar masalah rakyat

antara penduduk yang hadir

wakil penduduk memberi ucapan

V Sivakumar bersama Dr Lee Boon Chye menjamu selera



Ustaz Radzi makan bersama pemimpin dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.



Tiada ulasan: