demokrasi93.blogspot.com
Batu Gajah : Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Batu Gajah berasa amat sedih dan kecewa dengan perkara yang berlaku.
Ketua DPPK Batu Gajah, Ammar Rushdi (gambar) berkata, kejadian dilaporkan di sebuah akhbar tempatan baru- baru ini benar- benar melukakan hati dan perasaan masyarakat sekitar.
Menurutnya, DPPK terpanggil untuk memberikan kenyataan kerana merasakan kekecewaan seluruh penduduk di Batu Gajah dalam isu yang memalitkan noda serta arang ke muka masyarakat melayu khususnya.
Menurutnya, berita ini menyentap hati masyarakat sehingga pelbagai andaian serta serita timbul akibat perbuatan songsang sehingga menghancurkan akhlak dalam kalangan anak muda ini.
" Kita merasakan keseriusan pihak berkenaan termasuk pemimpin masyarakat melihat isu ini dengan lebih logistik dan mencari jalan bagaimana menangani gejala sosial berkenaan kerana ia berjaya mempengaruhi golongan muda.
"Kita turut bimbang jika perkara ini dibiarkan tanpa tindakan lanjutan daripada pihak yang berwajib membimbing anak muda menyebabkan lebih ramai lagi yang akan terjerumus ke kancah tidak sihat," katanya lagi.
Ammar berkata , ibu bapa pasati kecewa anak gadis mereka dijadikan mangsa seks dan tidak bersetuju anak muda mereka terlibat dengan perkara yang tidak bermoral seperti ini.
" DPPK Batu Gajah memandang serius kepada permasalahan ini malah ia perlu diambil tindakan segera supaya tragedi ini tidak berlaku lagi apatah ia hanya memalukan umat Islam itu sendiri.
" Oleh itu, kejadian itu perlu menyedarkan pihak berkenaan mengenai bahayanya masalah ini kepada masyarakat sekitar Batu Gajah," katanya.
Beliau berkata, pihaknya ingin membuat gesaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik agar ia dapat diatasi.
" Ini kerana tempat berlakunya kes ini adalah dikawasan seliaan beliau iaitu Kampung Ara Payung dan Kampung Pisang," katanya.
" Katamya, DPPK Batu Gajah mengsyorkan untuk dilakukan forum dan perbincangan yang lebih terperinci dalam kalangan pemimpin serta pihak keselamatan bagi melihat kesan serta kaedah terbaik untuk menyelesaikan perkara ini.
" Pihak DPPK bersedia menjadi penganjur meja bulat bagi membincangkan perkara ini demi kebaikan masyarakat di Batu Gajahk," katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan