Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 26 Disember 2009

Salahuddin serah rakyat buat penilaian



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pas yang ‘diimport’ ke Kelantan menyerahkan kepada rakyat negeri itu untuk menilai prestasi mereka sebagai wakil rakyat selama ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, dengan penilaian itu, ia akan membuktikan sama ada mereka mampu atau tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Bagaimanapun, Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, enggan mengulas pendirian Pas Kelantan yang akan mempertimbangkan hanya anak Kelantan dipilih sebagai calon Pas di negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Cukuplah, saya tidak mahu komen lagi. Tidak manis saya komen lebih-lebih memandangkan saya terlibat secara terus dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.

Salahuddin sendiri adalah 'calon import' di Kelantan. Berasal dari Johor, beliau dipilih sebagai calon untuk kerusi Parlimen Kubang Kerian itu dua penggal berturut-turut bermula 2004.

Katanya, beliau bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum lalu atas kehendak parti dan bukannya pilihan beliau sendiri.

“Saya telah diamanahkan oleh Pas Pusat untuk bertanding di kerusi berkenaan. Saya telah serahkan diri kepada parti dan saya hanya menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan,” katanya.

Tiada ulasan: