demokrasi93.blogspot.com
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, PR yang memimpin Selangor dan dan negeri-negeri lain berhak enggan menyertai PRU yang dijadualkan Kerajaan Pusat jika diadakan awal dari tempoh yang ditetapkan.
“Malah, dari segi undang-undang, Kerajaan Negeri mempunyai hak menentukan tarikh PRUnya sendiri, dengan syarat mendapat persetujuan Sultan,” katanya.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, Kerajaan Pusat juga tidak boleh menghalang Kerajaan Negeri memilih tarikh PRU berasingan atau menolak jadual yang ditetapkan Kerajaan Pusat, jika masih dalam tempoh lima tahun.
“Ini bukan perkara baru. Cuma rakyat tidak tahu kerana selama ini PRU dijalankan serentak di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata, PR tidak takut berhadapan dengan BN dan mendakwa kerajaan PR, terutama di Selangor, sudah kukuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan