Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 4 Disember 2009

Pas Kelantan nyatakan sokongan padu kepada Nik Aziz

demokrasi93.blogspot.com

KOTA BAHARU - Pas Kelantan menyatakan pendirian dan sokongan penuh terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani kemelut yang berlaku dalam pentadbiran dan politik di negeri itu termasuk tuntutan royalti minyak daripada kerajaan pusat.

"Pas Kelantan tetap memberi sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan Nik Aziz dalam pentadbiran dan parti," kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Mohd Zaki Ibrahim ketika berucap di majlis perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Nik Abdul Aziz yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Dataran Ilmu di sini.

Tiada ulasan: