Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 4 Disember 2009

PR tubuh pasukan bertindak bantah GST

demokrasi93.blogspot.com
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan Pasukan Khas Anti-GST bagi mengekang usaha kerajaan yang bercadang memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pasukan khas itu berperanan merangka satu pelan jangka pendek dan pertengahan untuk mengekang pelaksanaan GST.

Di samping itu, pasukan itu akan turut memaklumkan dan menyedarkan rakyat mengenai kesan pelaksanaan cukai tersebut daripada semua aspek.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pasukan khas tersebut turut dianggotai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mewakili DAP dan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr Dzulkefly berkata, GST adalah cukai yang regresif iaitu memberi kesan kepada semua lapisan rakyat dan bakal mencetuskan beban kepada golongan rendah-pertengahan negara ini.

"Namun kami mahu mengingatkan kerajaan supaya tidak membebankan rakyat apabila kerajaan mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah boros, bermewah dan membazir ketika mempunyai lebihan,” katanya.

Kerajaan dijangka melaksanakan GST 18 bulan selepas bacaan kedua Rang Undang-Undang pada Mac tahun depan.

GST yang akan dilaksanakan itu pada kadar empat peratus dan kerajaan menjangka pendapatan tahunan meningkat RM1 bilion dengan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

Dr Dzulkefly berkata, kerajaan sepatutnya menutup punca ketirisan dan rasuah kerana ia akan dapat menyelamatkan RM28 bilion setahun wang rakyat.

Tiada ulasan: