Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 18 Disember 2009

Perak FA | Majlis Undian Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

http://www.seladang.net/wp-content/uploads/2009/11/dsnizar_fam_19nov_02.jpg

Majlis Undian Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin

Tarikh: Sabtu, 19 Disember 2009
Masa: 12:00 tengahari
Venue: Trolak Country Resort, Sungkai

Satu majlis undian untuk kejohanan Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin bakal diadakan pada tarikh dan tempat seperti di atas dengan penyertaan 16 pasukan dari seluruh daerah di Perak telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Kejohanan, Encik Abdul Aziz Yeop Jamaluddin.

“Kejohanan ini terdiri daripada 16 pasukan dari seluruh negeri Perak yang bakal dibahagikan kepada 4 kumpulan, dengan setiap pasukan yang bertanding bakal diperuntukkan wang tunai sebanyak RM1,500″ jelas beliau ketika dihubungi oleh wakil SDN sebentar tadi.

“Pertandingan yang menawarkan hadiah RM3,000 untuk tempat pertama, RM2,000 untuk tempat kedua dan RM750 untuk 2 pasukan yang kalah di separuh akhir adalah bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dari segenap pelusuk negeri Perak umumnya”.

“Kita menjangkakan kehadiran Naib Presiden 1, Dato Seri Abdullah Hisan dan juga Presiden Perak FA, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada majlis undian tersebut yang turut disertai oleh wakil-wakil dari persatuan daerah seluruh negeri Perak” katanya lagi.

Jamuan makan turut disediakan pada majlis tersebut dan wakil media serta blogger seluruh Perak khususnya dijemput hadir menyaksikan undian tersebut. Segala kos dan perjalanan majlis undian tersebut ditaja oleh Persatuan Bolasepak Daerah Larut Matang dan Selama (PBDLMS) di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Hisan.

Tiada ulasan: