Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 29 Disember 2009

Nik Aziz gugur dua setiausaha


SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan akan mengugurkan dua setiausahanya berikutan spekulasi yang timbul, baru-baru ini.

Antara yang digugurkan ialah setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haron dan juga setiausaha akhbarnya, Mohd Saiba Yaakob.

Satu portal berita tempatan menyatakan pengguguran Exco kewangan dan perancangan ekonomi itu kerana didakwa sering terlibat dalam kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, setakat ini tidak jelas rombakan pegawai menteri besar dibuat berkaitan dengan kontroversi yang kini melibatkan Nik Abdul Aziz atau sebab-sebab lain.

Tiada ulasan: