Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 20 Disember 2009

PKR, DAP dan Pas tidak tergesa-gesa daftar sebagai satu parti


http://harakahdaily.net/v2/images/stories/hadi.jpg

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti PAS, PKR, DAP dan belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Menurutnya, perkara penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

“Penulis blog agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.

“Mereka perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang,”katanya. –Bernama


Tiada ulasan: