Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 29 Disember 2009

Kem Remaja Intelek anjuran Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak di Batu Gajah mencapai motif yang diinginkan


Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak buat pertama kalinya menganjurkan Kem Remaja Intelek di daerah Batu Gajah. Kem ini juga turut dibantu oleh Pas Kawasan Batu Gajah. Kem ini telah diilhamkan oleh Sdr Rosdy bersama Cik Syikin dan Cik Maziah. Cik Maziah adalah pengarah kem ini. Kem ini diadakan di Masjid Pusing selama dua hari satu malam.

Cik Maziah telah menjemput rakan- rakannya yang sungguh berpengalaman dalam pengendalian kem motivasi. Kem ini disertai oleh 34 orang peserta yang dikendaliakan oleh sembilan orang fasilitator yang datang dari jauh seperti dari Kuala Lumpur. Kem ini diadakan untuk mengasuh anak- anak muda yang bakal menjadi pemimpin yang akan datang.

Kem ini juga diadakan kerana baru- baru ini, rakyat Batu Gajah telah digemparkan oleh satu berita yang sungguh sedih iaitu kejadian 'Pesta Seks Serakah' yang terpampang di dada-dada akhbar baru- baru ini. Ini adalah satu inisiatif yang telah diadakan oleh pihak Pas Batu Gajah untuk melahirkan golongan muda mudi yang berakhlak mulia. Seperti yang kita tahu, pihak yang berwajib iaitu Kerajaan Barisan Nasional langsung tidak mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak remaja di kawasan Batu Gajah. Pas Batu Gajah memandang serius kepada permasalahan ini malah ia perlu diambil tindakan segera supaya tragedi ini tidak berlaku lagi apatah ia hanya memalukan umat Islam itu sendiri.

Pas Kawasan Batu Gajah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengarah program ini iaitu Cik Maziah dan juga semua fasilitator yang sanggup datang ke Batu Gajah walaupun mereka tinggal jauh daripada kawasan Batu Gajah.. Terima kasih sangat- sangat.. Pihak penganjur berkata, program susulan akan dijalankan selepas ini. Insyaalah.. PERCUMA .





sessi pendaftaran


YDP Pas Batu Gajah memberi cenderahati kepada Ust Radzi selepas perasmian


ketua dppk Batu Gajah selaku penasihat kem ini


jamuan makan selepas majlis perasmian.


peserta sedang menjamu selera


fasilitator wanita yang ayu- ayu sekali..


pemimpin wanita masa kini..


pemimpin PAS Batu Gajah



wacana berkumpulan


Kak Maziah


Abang Alif sedang memberi ceramah..


abang syuk sedang memberi ucapan


peserta muslimat


peserta muslimeen



anak YDP Batu Gajah... penuh berkarisma..


Ustaz Zainun memberi cenderahati kepada penceramah jemputan.


kak maziah bersama kak syikin.



peserta mendengar ceramah yang disampaikan


mendengar kuliah subuh



ustaz shariman memberi ceramah


Sdr Rosdy memberikan ucapan sebelum bersurai


YDP merasmikan penutupan


YDP memberi hadiah kepada penghulu kem



peserta bersalam salaman dengan abang fasilitator.

para peserta bersama fasilitator dan ajk..

Tiada ulasan: