demokirasi93.blogspot.com
IPOH - Pas Perak menggesa UMNO memohon maaf kepada kerajaan negeri serta rakyat Pulau Pinang dan Selangor berikutan beberapa insiden yang agak keterlaluan serta boleh mengakibatkan perbalahan antara kaum.
Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, insiden membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini selain insiden memijak kepala lembu di Selangor tidak lama dahulu adalah tindakan yang keterlaluan dan boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.
Menurutnya, kedua-dua insiden ini bakal menyumbang kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat selain merosakkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat di negara ini.
“Tindakan membakar gambar seorang pemimpin sebuah Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat selain insiden memijak kepala lembu adalah tindakan ganas yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat.
“Kedua-dua insiden buruk ini dikhuatiri boleh menimbulkan sentimen perkauman dan sekali gus akan memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
“Oleh itu, saya menyarankan agar mereka (UMNO) membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Abu Bakar turut menyuarakan rasa kagumnya dengan sifat keterbukaan yang diamalkan pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), Nga Kor Ming berhubung isu memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri, (ADUN) pada konvensyen parti berkenaan baru-baru ini.
Menurutnya, permohonan maaf secara terbuka sebegini perlu diteruskan kerana ianya adalah antara sifat yang mulia dan diyakini mampu menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi dengan segera dan penuh berhemah.
“Saya juga menyarankan agar UMNO segera memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Negeri Perak dengan mengembalikan semula hak rakyat Negeri Perak melalui pembubaran DUN Perak,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan