Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 17 Disember 2009

Polis buru dua perogol kejadian 'Pesta Nafsuh Serakah' di Batu Gajah

demokrasi93.blogspot.com
BATU GAJAH - Seramai 15 lelaki, termasuk dua pelajar ditahan polis bagi membantu empat kes rogol melibatkan remaja bawah umur dalam dua kejadian berasingan di sini pada 4 dan 12 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Najib Mohamad berkata, dua lagi lelaki diburu polis kerana terlibat dalam kejadian merogol tiga mangsa yang masih belajar dan seorang lagi tidak bersekolah berusia 15 tahun.

Kata beliau, dalam kejadian kes pertama pada 4 Disember lalu, polis menahan dua lelaki berusia 13 dan 55 tahun di sekitar Batu Gajah setelah menerima laporan daripada mangsa berhubung perbuatan itu.

"Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan mengikut kenalan lelakinya ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung kira-kira jam 12 tengah malam dan sebaik sampai di rumah itu, ada empat lagi lelaki dipercayai rakan lelaki berkenaan dan mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Najib berkata, pada 7 Disember, mangsa itu diajak dua lelaki termasuk seorang daripadanya adalah kenalannya menghadiri kenduri kahwin di Kampung Pisang.

“Mangsa bersetuju dan mengajak rakannya keluar bersama, tetapi sebaik sampai di kawasan lombong, kedua-dua gadis itu dirogol oleh dua lelaki berkenaan di kawasan lombong berhampiran Kampung Pisang kira-kira jam 9.30 malam,” katanya.

Kata beliau, beberapa jam kemudian selepas kejadian itu, kedua-dua mangsa kemudian dibawa pasangan mereka ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung sebelum dirogol sekali lagi.
“Mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah seorang suspek berusia 55 tahun da n di situ dia dirogol lagi oleh 10 lelaki. Kemudian pada 10 Disember pula, kedua-dua mangsa berkenaan dirogol sekali lagi oleh lima lelaki di Taman Orkid pada jam 1.15 pagi,” katanya.

Katanya, dalam kes itu polis telah menahan lapan suspek dan masih memburu dua lagi yang dipercayai dapat membantu siasatan dengan semuanya ditahan reman selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Disember ini.

Sementara itu, dalam kejadian lain, dua remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama teman lelaki mereka telah dirogol di sebuah rumah di Kampung Batu Satu, Jalan Tanjung Tualang.

Kedua-dua mangsa berkenaan, menurut Najib, ditempatkan di bilik berasingan dalam rumah berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir dalam kejadian kira-kira jam 10 malam pada 12 Disember lalu.

“Kedua-dua mangsa berumur 15 tahun. Mangsa pertama dirogol lima lelaki dan seorang lagi oleh dua lelaki. Polis telah menahan tujuh suspek berumur antara 16 hingga 21 tahun di sekitar Batu Gajah dan Gopeng bagi membantu siasatan serta ditahan reman sehingga 17 Disember.

“Semua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tiada ulasan: