Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 21 Disember 2009

Konflik BN Pulau Pinang rebut kuasa


http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/03/mahfuz_muka.jpg


ALOR SETAR - UMNO Pulau Pinang didakwa mahu mencetuskan isu bersifat perkauman apabila menuntut jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri daripada Gerakan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, UMNO terdesak untuk mendapatkan jawatan itu agar dapat mengepalai Pulau Pinang dalam usaha meraih sokongan pengundi Melayu.

“Saya hairan kenapa jawatan itu yang diberi keutamaan UMNO, dan bukannya jawatan yang lebih penting, seperti Ketua Menteri. Padahal pernah dalam pilihan raya lepas, UMNO memperoleh majoriti kerusi dan membolehkan parti itu menerajui Pulau Pinang,” kata bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu.

Mahfuz berkata, sepatutnya UMNO menuntut jawatan yang lebih penting dan memberi keutamaan kepada isu yang lebih besar, bukannya mencetuskan isu remeh yang dikaitkan dengan perkauman.

“Saya tidak bermaksud mencampuri urusan mereka, tetapi perjuangan yang ditegakkan itu tidak bermakna pun. Mereka tidak tahu membezakan mana yang harus diberi keutamaan. Masing-masing mahu menegakkan kepentingan politik dan bukan mengikut kehendak rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan konflik yang berlaku di Pulau Pinang itu sebagai perebutan kuasa politik, dan bukannya mahu perubahan demi untuk kepentingan rakyat.

“Tiada apa yang direbutkan, hanya jawatan kecil sahaja, itupun tidak menunjukkan kesepakatan dalam parti komponen BN. Jika di peringkat nasional pun banyak masalah, inikan pula di peringkat negeri,” katanya.

Perbalahan itu juga menunjukkan parti komponen BN tidak sensitif dengan tidak memberi keutamaan pada isu yang seharusnya diberi tumpuan.

Mahfuz berkata, sekiranya jawatan itu disandang UMNO atau Gerakan sekalipun, tidak memberi sebarang perubahan pada senario politik masa kini.

Tiada ulasan: