demokrasi93.blogspot.com
KUALA LUMPUR – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Segambut membuat laporan polis terhadap sebuah akhbar tempatan berhubung artikel yang menyentuh sensitiviti kaum India di Malaysia.
Pembantu Khas Ahli Parlimen Segambut, S Murugeshu berkata, artikel yang ditulis dalam salah satu ruangan akhbar berkenaan pada 9 Disember itu.
Menurutnya, artikel berkenaan tidak wajar disiarkan akhbar itu kerana dilihat cuba merendahkan masyarakat India.
“Ini jelas menunjukkan akhbar ini tidak bertanggungjawab terhadap perhubungan antara kaum, keamanan dan pembangunan negara walaupun minoriti masyarakat India memberi sumbangan yang besar terhadap pembangu nan negara, wajarkah sebagai balasan ia digelar ‘keling’ untuk gurauan umum?” katanya ketika ditemui pada sidang media di perkarangan di Balai Polis Sentul semalam.
Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Selayang berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya dapat mengambil tindakan tegas terhadap penulis serta editor akhbar itu kerana terbabit menyiarkan artikel itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng kecewa kerana akhbar tidak dikenakan tindakan meskipun sudah beberapa kali menerbitkan artikel berunsurkan perkauman seperti itu.
“Saya menggesa perkara ini agar dapat dibincangkan di peringkat kabinet dan menteri berbangsa India perlu membangkitkan isu jika mereka tidak berani sentuh isu ini, saya nasihat agar mereka letak jawatan dan ganti dengan menteri yang baru.
Tambah beliau lagi, perkara tersebut boleh didakwa di bawah Akta Hasutan dan jika sebarang tinda kan diambil, ianya hanya membuktikan akhbar itu didakwa dilindungi Kerajaan Pusat.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan