Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 30 Disember 2009

Mantapkan identiti remaja ISLAM- DPPK Batu Gajah





klik untuk besarkan


Pas Kawasan Batu Gajah dengan kerjasama Gabungan Mahasisawa Bersatu Perak menganjurkan program Kem Remaja Intelek 2009 pada 26 – 27 Disember 2009 di Masjid Hasni, Pusing baru-baru ini. Program ini telah berjaya mengumpulkan peserta seramai 34 orang yang kebanyakannya remaja yang tinggal disekitar Batu Gajah.


Sememangnya program ini yang bermatlamat untuk membentuk jati dan sahsiah diri dikalangan perserta remaja didalam umur linkungan 15 – 18 tahun telah berjaya mencungkil dan menanam asas iman dan taqwa sebagai benteng diri dalam persedian menghadapi dugaan dan ujian dalam alam remaja yang semakin mencabar ini.


Ketua DPPK Batu Gajah, Sdr Ammar Rushdi (gambar) berkata kehadiran program ini adalah sangat penting dalam menyelamatkan maruah masyarakat setempat yang telah tercalar dan terkejut akibat perbuatan sekumpulan remaja didalam satu pesta seks di Batu Gajah baru-baru. "DPPK Batu Gajah merasakan inilah kesan dan tindakan yang paling ditakuti oleh semua ibu bapa apabila benteng iman dan taqwa tidak ditekankan dan longgarnya sistem kekeluargaan didalam menanam rasa takutkan Allah dan cintakan Rasul didalam mengharungi medan hidup dewasa ini," katanya.


Tanpa prejudis dan mempunyai niat selain ingin melihat anak bangsa berjaya dan melahirkan para remaja yang cemerlang dan hidup didalam suasana ISLAM yang sebenar, penganjur telah berjaya mengupas dan membentuk pemikiran para remaja didalam program selama 2 hari ini untuk lebih mendekati dan memahami cara sebenar kehidupan yang dituntut oleh agama Islam yang kita cintai ini. Mudah-mudahan setiap pengajaran dan ilmu yang dicurahkan oleh fasilitator program akan dapat diamalkan dan dipraktikan untuk menjadi benteng diri para remaja agar peristiwa hitam yang telah mempalitkan dosa dan noda masyarakat setempat dapat diubati.


DPPK Batu Gajah ingin sekali lagi ingin menarik perhatian kerajaan UMno Barisan Nasional negeri Perak untuk membuka mata dan telinga didalam menangani permasalahaan yang semakin parah bukan sahaja diBatu Gajah tetapi diseluruh negeri Perak umumnya. Ini bukanlah masanya kerajaan kudeta Umno barisan Nasional untuk hanya membatu dan berdiam diri tanpa mempunyai apa-apa pelan tindakan yang konkit didalam mengatasi permasalahan ini.


DPPK Batu Gajah merasa amat kecewa dengan tindakan GPMS yang tidak membenarkan program motivasi untuk para remaja yang telah dianjurkan oleh Saudara Radzi Zainun (bekas calon Pas DUN Sungai Rapat) yang ingin menyewa premis mereka di Kampung Seri Rahmat yang pada awalnya telah mendapat kebenaran tetapi dibatalkan tanpa mengemukan apa-apa alasan yang munasabah oleh pihak GPMS pada saat-saat akhir ketika para peserta ingin mendaftarkan diri untuk menyertai program tersebut baru-baru ini.


DPPK Batu Gajah merasakan tindakan yang telah diambil adalah mempunyai kaitan dengan politik murahan dan kekampungan kerana dibelenggu perasaan takut dan cemburu oleh para ketentut UMNo yang takutkan dengan bayang-bayang sendiri yang masih tercari-cari apakah tindakan yang terbaik didalam melestarikan tindakan yang tepat mencari ibu penawar permasalah sosial remaja dikawasan Batu Gajah.


DPPK Batu Gajah memohon kepada YB Dato Hamidah dan Dato Seri Zambry untuk bersikap lebih terbuka dan professional didalam menangani isu ini dan tidak bersikap sembrono tanpa memikirkan kesan terhadap masyarakat dan penduduk yang mahukan program-program motivasi remaja dan bukannya retorik politik kotor dengan memberi tekanan atau ‘menyekat’ program-program yang dianjurkan oleh NGO samada pro atau tidak kerajaan Barisan Nasional.


Sudah sampai masanya pemimpin-peminpin UMno Barisan Nasional bersikap lebih realistik dan terbuka dalam bersama untuk berfikir serta duduk berbincang didalam menyelamatkan pelapis dan remaja negeri Perak sebelum terlewat dan mencari jalan yang terbaik didalam membantu menyelesaikan isu remaja ini.






Tiada ulasan: