SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan berjumpa penduduk Bukit Antarabangsa awal tahun depan bagi menjelaskan tentang risiko tinggal di kawasan itu.
Menurutnya, kita harap ia tidak akan menakutkan penduduk. Kita tengah buat kertas (kerja) apa yang patut masyarakat di sana faham mengenai perkara itu.
“Tinggal di atas tanah rata adalah berbeza dengan tinggal di lereng bukit.
“Bagi penduduk yang tinggal di kawasan tanah rata, mereka hanya perlu membersihkan kawasan rumah mereka sahaja tetapi bagi yang tinggal di lereng bukit, mereka perlu mengambil kira tentang keseluruhan kebersihan di kawasan kediaman mereka agar tidak mendatangkan risiko kepada semua pihak,” katanya. –Bernama
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan