Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 7 Disember 2009

GST: Kerajaan perlu beri penjelasan kepada rakyat

demokrasi93.blogspot.com
SHAH ALAM – Kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci kepada rakyat berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua Rang Undang-Undang, Mac tahun depan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, rakyat masih keliru mengenai pelaksanaan GST kerana adakah ia dapat membantu Malaysia mengatasi penurunan dalam hasil cukai atau kerajaan sedang berhadapan dengan masalah kewangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, rakyat bimbang pelaksanaan GST hanya akan membeban mereka kerana perlu membayar pelbagai cukai yang lain.

“GST, cukai regresif yang membebankan rakyat miskin dan pertengahan. Mungkin GST tidak memberi kesan tinggi pada golongan kaya, tapi tidak golongan miskin. Setiap cukai yang dikeluarkan, memberi impak besar pada kewangan mereka.

“Ini tidak termasuk pelaksanaan GST lagi. Jika benar-benar dilaksanakan, bagaimana rakyat mahu teruskan kehidupan. Inilah yang menjadi kemusykilan dan kebimbangan rakyat terhadap kerajaan, kurangnya maklumat jelas berhubung GST,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu, yang memberi jaminan bahawa GST tidak akan membebankan orang ramai kerana barangan keperluan harian terkecuali daripada cukai ter:sebut.

:Dr Dzulkefly berkata, tidak banyak kebaikan diperoleh rakyat jika kerajaan laksanakan GST.

:“Rakyat akan lebih terbeban kerana bilangan cukai semakin bertambah cuma satu saja kebaikan, pelaksanaan GST hanya meningkatkan pendapatan pada kerajaan, itu saja,” katanya.

:Mengulas kadar 4 peratus dikenakan jika kerajaan melaksanakan GST, Dr Dzulkefly berkata: “Mula-mula, memanglah cakap empat peratus. Lepas itu, kadar akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat. Inilah realiti terpaksa dilalui.”

:Sementara itu, katanya, Pasukan Khas Anti-GST yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat bagi mengekang usaha kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan sudah mula menjalankan kajian mereka.

:“Setakat ini, kajian demi kajian sedang dilakukan. Kita berpendapat GST tidak wajar dilaksanakan kerana membebankan rakyat.

“Justeru itu, kita akan mengambil peluang menerangkan pada rakyat tentang GST pada sesi jelajah di setiap negeri tidak lama lagi,” katanya yang merupakan salah seorang yang menganggotai Pasukan Khas Anti-GST.

Selain Dr Dzulkefly, turut menganggotainya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mewakili DAP dan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mewakili Parti Keadilan Rakyat.

1 ulasan:

Mohd berkata...

Boleh ke BN meluluskan GST di parliamen dgn simple majority?