Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 30 Disember 2009

Bukti !!! Mahathir hina Rasulullah


klik gambar untuk besarkan

Utusan Malaysia 12 Mei 2000.

kalau tidak percaya datang ke rumah saya di Batu Gajah.

10 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Siapa yang membaca penuh dan memahaminya tidaklah sebodoh orang membaca dan memahami ucapan tersebut hanya dari pandangan kasar dan berpihak semata2.

Maknanya, membaca dan memahami sesuatu hanya dari sudut bahawa 'aku adalah penyokong PAS' dengan membawa maksud orang yang berkata sedemikian bersalah dari sudut pandangan Paeh adalah sangat dangkal dan bodoh.

Apa gunanya menyokong PAS sedangkan PAS banyak kelemahannya walaupun dengan hasrat berjuang untuk Islam dengan strategi perjuangannya sangat diragui iaitu menggunakan matlamat yang menghalalkan cara.

Contohnya, Nik Aziz sendiri menolak perpaduan sesama Islam tidak kira PAS, PKR dan UMNO tapi pada masa yang sama tergila2 dengan DAP. Kalau begitu, Nik Aziz bolehkah digelar ulamak mengikut tafsiran Islam? Sudah tentu ini boleh dipanggil politik suku agama suku seperti yang diucapkan oleh Pak Hadi Awang dalam Amanat Haji Hadi di Kampung Banggul Peradung, Terengganu dahulu.

Sudahlah Paeh. Parti PAS banyak menyusahkan umat Islam sekarang ini yang dihimpit permasalahan politik yang tidak berkesudahan.

Kalau anda tak rasa bersalah, teruskanlah menyokong PAS sampai kiamat dan padang mahsyar.

Sekarang semua orang termasuk ahli PAS termenung ke mana perjuangan Islam PAS setelah berpeluk dengan DAP dalam PR (tak berdaftar) semasa konvensyen PR (tak berdaftar)di Shah Alam.

Untuk pengetahuan Paeh, saya telah banyak buat kajian dan pemerhatian mengenai politik tanahair keseluruhannya.

Dalam kes DAP, dasar mereka mengenai negara Islam dan Hudud masih KEKAL DAN TIDAK BERGANJAK walau seinci pun.

Malangnya, PAS cuba menipu dalam hal ini sedangkan apa yang berlaku sudah boleh dipersoalkan.

Dari kajian dan pemerhatian saya sejak sekian lama sudah pun terbukti.

Maknanya, Paeh nyata telah ditipu dan akan tertipu selamanya.

Sekian.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Saya tak perlu datang ke rumah awak sebab saya ada semua maklumat tentang politik tanahair sedang awak hanya memikirkan tentang keislaman PAS sahaja.

Mengenai Tun Dr Mahathir, segala maklumat yang awak paparkan telah diketahui lama dulu.

Kalau anda rasa anda betul dan benar, boleh jumpa saya dan berbincang satu sama satu.

Sekian.

mohahz berkata...

wahai PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK)...

pandangan kau pon pandangan berpihak jugak...aku nasihatkan kau kongsi dgn blogger suma hasil kajian kau tu.biar suma dpt baca dlm blog hasil kajian kau tu.aku pon nak tau jugak.

Tanpa Nama berkata...

AKU SOKONG mohahz...

siapa kita berkata...

Kesempurnaan milik Allah
kehambaan milik kita usahakan,
bagaimana memproses nafsu amarah bersesuaian dengan kehambaan ?

www.nuruliman.com.my

janganlah kita jadi orang amarah lawamah nak buat baik atau orang assi atau kabair nak tunjuk baik

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Mohahz,

Kajian saya tidak perlu dikongsi dengan saudara dan blogger lain.

Ini kerana setiap orang perlu berusaha berdasarkan pengetahuan, ilmu dan kepakaran yang ada seseorang.

Dalam hal ini, kajian ini adalah satu senjata kepada BN dalam menghadapi pilhanraya akan datang.

Saudara hanya menyatakan saya juga berpihak. Sedarkah saudara berpihak bukanlah bermakna kepada kepalsuan kerana setiap yang baik boleh disalahgunakan untuk mendapat sesuatu yang sangat dikehendaki seperti kuasa.

Ini juga ada dalam pemerhatian dan kajian saya.

Boleh diputuskan PAS mengggunakan platfom Islam untuk mencapai kekuasaan politik.

Saudara mungkin tidak terfikir seseorang ulama boleh menghadapi masalah salahguna kuasa yang jelas dilarang oleh Islam walaupun dalam undang2 negara mengenai rasuah masih dalam siasatan.

Saudara tentu mempertahankan ulama itu kerana saudara berpihak tanpa usul periksa.

Kalau hendak berpihak janganlah sampai membawa rebah.

Saya tak perlu komen banyak dengan saudara kerana ia tidak menguntungkan dan inilah juga sebabnya saya tidak akan berkongsi kajian saya dengan pihak lain.

Sebab utama PAS gagal memerintah negara dan sebahagian besar negeri di Malaysia ialah kelemahan PAS lebih banyak berbanding kekuatan yang ada padanya seperti yang dijelaskan oleh BN dalam setiap pilihanraya yang ada dalam kajian saya.

Saudara tentu tidak memberi pertimbangan dalam hal ini.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Wahai Putong Kaki rokok..
kalau setakat kajian awak tapi tidak mempunyai hujah yg kuat tak payah la awak utk menegakkan perkara yg terang lagi bersuluh. Sebagai org yg diberi akal oleh Allah swt cuba awak berikan 10 perkara mengapa saya patut menyokong UMNO dan Barisan Nasional.kalau awak ada 10 hujah baru kita boleh berbincang secara ilmiah antara satu dgn lain.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh, Mohahz dan Tanpa Nama,

Terima kasih kerana Tanpa Nama mengatakan saya tidak mempunyai hujah yang kuat.

Terima kasih yang sangat banyak untuk itu.

Adakah kalau kita ingin memperjuangkan Islam tapi penyokong PAS mengeluarkan kata2 yang kesat, tingkah laku buruk dan akhlak yang buruk terhadap orang lain yang seagama dan sebangsa dan senegara sesuai untuk perjuangan tersebut?

Sudah tentu naif. Berjuang untuk agama Islam tetapi dengan perangai yang buruk dan tidak beriman seperti mencuri wang untuk berzakat.

Pemimpin PAS hanya berceramah tapi tak tahu mentadbir.

Saudara harus sedar diri berceramah bukan bermakna tahu memerintah walaupun dia seorang ulama.

Saya kenal pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Hadi yang masih dan telah memimpin negeri.

Islam menyentuh tentang pelbagai bidang kehidupan termasuk pengurusan, ekonomi dan teknologi yang dikatakan oleh Nik Aziz bidang sekular.

Malangnya, sampai sekarang belum menampakan perbezaan cara pengurusan, ekonomi dan teknologi yang dikatakan cara yang dikehendaki oleh Islam di Kelantan yang lebih baik berbanding negeri yang diperintah oleh BN.

Saydara buat2 tak nampak sistem pemerintahan negeri Kelantan masih lagi menggunakan sistem yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat termasuk pengurusan ekonomi, undang2 dan lain2 yang masih berkuatkuasa.

Bezanya hanya berceramah sana sini, aku Islam engkau tidak dan cakap lebih dari perbuat tapi tiada bukti kelebihan yang dikatakan Aku Islam.

Banyak lagi boleh dikatakan di sini.

Satu lagi, adakah perjuangan PAS untuk Islam sama dengan cara Rasulullah?

Sejarah menunjukkan semasa Tanpa Nama agaknya masih budak hingusan dan belum lahir lagi, PAS berfatwa bahawa UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC.

Nah, sekarang apa jadi dengan PAS berkawan dengan DAP kita nak panggil apa?

Penyokong PAS tak jawab soalan ini?

Itu belum jadi pemerintah negara.

Sebelum berkawan dengan DAP, penyokong PAS tahukah siapa sebenarnya DAP itu.
Tahukah sejarah dan dasarnya?

DAP lebih ekstrem berbanding MCA dan MIC.

Tepuk dada tanya iman dan selera.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Salam..buat pkr Anda telah bejaya membuktikan anda penyokong sekular yg tegar.masa utk mencari kebenaran,hukum yg wajib keats semua mereka yg mukalaf.carilah...sebelum terlambat.semoga Allah ampunkan dosa kita semua amin...

Tanpa Nama berkata...

Putung rkok ni jahil akhir zman yg hnya mngejar dunia seolah olah x ingat mati