Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 3 November 2009

Perjuangan Pas tolak keganasan

demokrasi93.blogspot.com

KUALA TERENGGANU - Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Azman Shapawi Abdul Rani menegaskan perjuangan Islam yang dilaungkan parti itu menolak keganasan.

Mengulas berhubung kenyataannya baru-baru ini, beliau berkata, dia tidak berniat menimbulkan provokasi terhadap pihak lain sebelum ini ataupun menggalak perilaku kurang sopan seperti pergaduhan.

“Saya kata bahawa jika Islam membenarkan bertumbuk, saya bersedia, bagaimanapun Islam tidak membenarkan tindakan sedemikian rupa, jadi kita tidak akan bertumbuk dengan sesiapa,” katanya, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas berkata demikian berikutan pemimpin parti lain kecewa dengan kenyataan beliau dan dianggap ekstrem oleh sesetengah pihak.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Azman berkata, sekiranya Islam membolehkan untuk bertumbuk, beliau bersedia bertumbuk dengan merujuk kepada pemimpin UMNO.

11 ulasan:

Mod Yusof berkata...

PAS sejak bersekongkol dgn PKR dan DAP sudah hilang hala tuju yang asal. Sekarang ini PAS hanya mahu kuasa untuk memerintah, bukan untuk kesejahteraan rakyat terutama orang islam. Saya cukup sedih apabila PAS diperkudakan oleh DAP dan PKR. Saya harap PAS akan keluar dari PR untuk menyelamatkan PAS.

Mohd Yusof berkata...

Wang ehsan tidak akan membantu PAS. Wang ehsan ini akan disalurkan melalui UMNO Kelantan kepada projek2 yang akan dikendalikan oleh kontraktor2 yang pro-UMNO. Tetapi pada pendapat saya, jika PAS mahukan pembangunan utk rakyat, terima sajalah. Jangan sampai rakyat nampak yg PAS beria sangat mahukan Wang Royalti supaya PAS boleh bermaharajalela dgn wang itu utk kepentingan PAS dan kroni2nya saja ....

Pemerhati berkata...

Nampaknya UMNO sudah mulakan strategi baru utk menawan Kelantan pd PRU13. Wang Ehsan boleh digunakan utk memancing undi rakyat. Manusia ni lemah bila disogokkan dgn duit. Tengoklah nanti ada org2 PAS yg akan keluar parti masuk UMNO semata2 utk mendapatkan bahagiannya dpd wang ehsan ini. Mereka akan memberi sebab sudah tidak percaya lagi pd Tok Guru yg bersekongkol dgn Anuar Ibrahim yg tak lama lagi akan disabitkan kesalahan liwat.

Pemerhati berkata...

Saya cukup sedih melihat gelagat penyokong2 kelantan di Bukit Jalil tadi. Mereka baling botol air, mercun. dll. Mereka bakar bangku stadium. Macam inilah rakusnya PAS kalau memerintah Malaysia. Nauzubillah!

Pemerhati berkata...

Saya terkejut pula dgn amalan Bai'yah iaitu ikrar lafaz taklik utk menceraikan isteri dgn talak tiga yg diamalkan oleh PAS. Ini menunjukkan bahawa PAS amalkan perintah kuku besi, bukan demokratik. Sekarang ini pemimpin2 PAS tidak berani utk keluar parti walaupun mereka sudah tahu yg PAS tidak lagi juangkan Islam tetapi memperalatkan Islam utk kepentingan parti. Dewan muslimah PAS sokong perkara ini. Apa susah kalau bercerai boleh tukar selera, Saya kesian pada anak2 mereka yg tidak berdosa akan teraniaya kelak. Ini serupalah di Perak, ADUN2 PR telah siap tandatangan surat meletak jawatan. Jika mereka keluar PR, surat2 ini akan digunakan. Tetapi ianya tak sah di sisi undang2. Saya cabar ADUN PAS utk keluar parti dan cuba ceraikan isteri dgn alasan taklik ini. Sudah tentu mahkamah syariah tidak akan mengiktirafkan perceraian itu. Sekarang ini berbagai perkara yg negatif sudah terbongkar dari PAS. Masa ini sokongan rakyat pd PAS adalah menurun mengikut pandangan seminar PAS baru2 ini. Dalam PRU13 nanti orang2 Melayu akan beralih kpd UMNO, jika ini semua tidak diperbetulkan dgn segera.

Pemerhati berkata...

Saya cadangkan supaya pendakwaraya dalam kes liwat anuar bertanya kepada rakan2 sekolahnya semasa di MCKK dulu apakah anuar ni terlibat dlm tabiat homoseks ini. Selalunya tabiat homoseks ini bermula di sekolah2 asrama penuh.

Pemerhati berkata...

Pagi tadi TG Nik Aziz telah umumkan beliau telah batalkan niatnya utk ke haji tahun ini dgn biayaan sponsor. Saya sangat kagum dgn tindakan TG yg peka dgn kritikan rakyat bukan macam lain2 pemimpin PAS yg akan berdolak-dalik dlm segala isu.

Pemerhati berkata...

PAS Kelantan dah jadi sangat kecoh.Tok Guru jangan letak jawatan! Yang perlu letak jawatan ialah menantunya Ariffahmi. Come on be a sport. Berkorbanlah utk parti dan bapa mentua.

Pemerhati berkata...

Alhamdulillah, nampaknya PAS akan terselamat. Tetapi Husam telah menutup blognya, kenapa? Saya berpendapat yang paling baik untuk orang Melayu adalah PAS dan UMNO berkerjasama. Kita orang Melayu ada 60%. Kalau kita bersatu kita akan sapu bersih hampir semua kerusi parliamen kecuali Penang mungkin. Apa gunanya PAS bersekongkol dgn DAP? Kita semua tahu DAP akan menggunakan kuasanya utk kaum cina shj. Tengoklah apa telah jadi di Perak. Nizar masih lagi berkata mahu bagi pajakan 999 tahun kpd cina komunis. PKR hanya mahu anwar jadi PM. Saranan tok guru utk adakan EGM adalah baik. PAS gunakanlah peluang ini utk bersihkan parti dpd pemimpin2 yg difikirkan tidak sesuai utk kepentingan melayu.

Pemerhati berkata...

Ini ape pulak cerita kes sapu balak oleh PAS di Kedah ni? Bila tanya Azizan dia jawab "Saya tak tahu" Habis ape yang dia tahu? MB bodoh le ni. Tolong jawab sikit.

Pemerhati berkata...

Saya puji tindakan Dr Rosli yg telah meletak semua jawatan dlm PAS utk menyelamatkan parti. Ini sungguh berbeza dgn Ariffahmi yg masih tidak mahu meletakkan jawatan sehingga menggugat parti PAS!