Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 4 Januari 2010

Ustaz Misbahul Munir jawab tuduhan


SELEKOH - Disebabkan sebuah gambar yang memperlihatkan seorang pimpinan Pas Negeri Perak seolah-olah bersalaman dengan seorang wanita bukan muhrim, kini ia menjadi isu hangat diperkatakan oleh banyak pihak.

Setiausaha Pas Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki berkata, gambar yang diambil dari blognya itu sengaja dijadikan isu oleh pihak berkepentingan yang mahu memburuk-burukkan imej Pas.

Menurutnya, kini timbul persepsi pimpinan PAS boleh menghalalkan apa sahaja jika mereka yang melakukannya dan haram jika pemimpin UMNO melakukan perbuatan tersebut sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku.

“Saya nak jelaskan isu ini kerana penulis blog dan pengunjungnya dalam ruangan komen memberi persepsi negatif terhadap gambar yang diambil dari blog saya sendiri.

“Sebenarnya saya tidak menjamah dan memegang pun tangannya. Saya sekadar menghulurkan sebuah sampul surat yang berisi sumbangan ke tangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Beg Sekolah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup yang berlangsung di Markas Pas Bagan Datoh, di sini, kelmarin.

Menurutnya, gambar berkenaan diambil ketika beliau berkunjung ke rumah keluarga mangsa bunuh di Kampung Sungai Tiang Tengah, di sini dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga itu.

Beliau berkata, ada pihak yang cuba menimbulkan fitnah kononnya beliau bersalam dengan wanita bukan muhrim dan berbangsa Cina sedangkan beliau adalah pemimpin Pas.

Misbahul Munir berkata, gambar berkenaan kelihatan seolah-olah bersalaman dengan wanita bukan muhrim kerana wanita itu sukar untuk mengangkat tangannya yang sakit.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada rakannya, kunjungan Misbahul bersama pimpinan Pas Kawasan Bagan Datoh yang lain buah mulut masyarakat Cina di situ terutama kaum keluarga mangsa yang memuji langkah Pas menziarahi keluarga mereka.

Beliau berkata, isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan untuk kepentingan politik sedangkan ia sengaja direka bagi tujuan tertentu mahu merosakkan nama baiknya dan Pas.

1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Eloklah ust jawab untuk jernihkan suasana.

Saya pun yakin ust tak salam.

Tapi ust kata, "kini timbul persepsi pimpinan PAS boleh menghalalkan apa sahaja jika mereka yang melakukannya dan haram jika pemimpin UMNO melakukan perbuatan tersebut sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku".

Siapa kata tak pernah berlaku. Ust sebagai S/U PAS Perak sepatutnya tahu perkara banyak berlaku ataupun ust buat tak nampak.

Kalau dah menyertai politik, jangan kata tak pernah berlaku.

Saya bagi contoh antaranya:

a) Pemimpin PAS atau kuncu (PKR dan DAP)salahguna kuasa dan kesalahan moral dan akhlak tak mengapa walaupun menyalahi Islam tapi cakap berdegar kalau pemimpin BN buat perkara yang sama. Contohnya Khalid Ibrahim, Nik Aziz, Anwar Ibrahim tidak digesa untuk letak jawatan. Terlalu bising kalau Isa Samad bertanding dengan tuduhan rasuah.

b) Nik Aziz kata lompat parti ke parti PAS boleh, katanya balik ASAL, tapi lompat parti ke BN tak boleh.

c)Dulu BN dituduh KAFIR berkawan dengan MCA dan MIC sekarang PAS berkawan pulak dengan DAP dan PKR boleh pulak.

Itulah jangan masuk politik. Paeh tolong ingatkan ust tentang perkara ini.

Lebih ust ajar agama di kelas bukan di padang atau di markas PAS.

Itu sebab saya beritahu Paeh dalam blog ini, kepimpinan ust dan ulama dalam PAS hanya ceramah pandai tapi tak semestinya pandai mentadbir dan memerintah.

Manakan sama pemerintahan Islam zaman Rasulullah dengan pemerintahan Islam PAS ala Nik Aziz yang kini terpalit dengan isu menantu, keluarga, politik dan paling terbaru pasal istana.

Hujah saya sikit aje kalau nak lagi boleh tapi tak guna diteruskan sebab buang masa saja atau mencurah air di daun keladi.

Sekian.