Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 26 Januari 2010

Mahkamah dengar permohonan Khairy dalam saman fitnah Anwar pada 19 Mac


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk mendengar permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah.

Penolong Pendaftar Kanan, A. Kaveetha menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili Anwar, Wan Anuar Shadat dan peguam yang mewakili Khairy, K. Vasanthi.

Pada 4 Disember 2008, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anwar bagi mengemukakan penghakiman ingkar terhadap Khairy apabila beliau gagal hadir di mahkamah selepas writ saman diserahkan kepadanya.

Khairy memfailkan permohonan pada 20 Februari 2009 untuk mengenepikan perintah itu.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 September 2007 mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah memfitnahnya pada Ogos 2007 pada satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.-Bernama

Tiada ulasan: