Menurutnya, gesaan itu diambil susulan daripada kegagalan Jais dan Mais mengawal tindak-tanduk orang ramai yang menyertai demonstrasi isu penggunaan kalimah Allah di Masjid Negeri Shah Alam, Jumaat lalu.
“Jais dan Mais yang menjadi menganjur tidak memantau dan hanya membiarkan mereka yang berdemonstrasi melakukan perkara yang tidak sepatutnya dalam masjid,” dakwanya ketika berucap pada Ceramah Isu Semasa anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Subang, di Dewan Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) Seksyen 7, kelmarin.
Katanya, apa yang dikesalkan pada demonstrasi itu gambarnya dan juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dipijak dalam sebuah dewan di Masjid Negeri Shah Alam.
“Mereka menyokong orang ramai untuk berdemo dalam masjid, pada hal isu penggunaan kalimah Allah ini boleh diselesaikan melalui perbincangan dan musyawarah.
“Di negara lain, tidak ada isu seperti ini tercetus hanya di Malaysia ia berlaku dan saya anggap situasi ini adalah agenda UMNO untuk menarik sokongan Pas,” katanya.
Selain itu, Khalid berkata, UMNO kini sudah tidak ada sokongan lalu menggunakan cara ini untuk menarik Pas supaya menyokong usaha yang mereka (UMNO) buat.
“Isu ini sebenarnya tidak serius jika sekiranya kita pandang dari sudut kefahaman Islam tetapi mereka buat isu ini atas kepentingan politik.
“Saya turut menggesa pihak berkuasa menyiasat individu yang melaungkan perkataan ’bakar gereja’ pada demonstrasi itu,” katanya.
Turut menyampaikan ceramah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) , Shamsul Iskandar Md. Akin, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Zainudin, Timbalan AMK, Fariz Musa dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrul Amin .
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohamad Hidayat Abdul Rani berkata, dakwaan Khalid yang mengatakan gambarnya dipijak dalam dewan masjid pada demonstrasi berkenaan adalah tidak benar.
Menurutnya, demonstrasi secara aman itu adalah anjuran Angkatan Muda Islam Malaysia (AMIS) yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negeri Selangor bagi membantah penyalahgunaan perkataan Allah oleh agama lain dan dalam masa yang sama menyuarakan pandangan mereka masing-masing mengenai perkara itu.
“Jika beliau mengatakan gambarnya dipijak dalam dewan, itu tidak benar kerana saya sendiri memang berada dalam dewan sepanjang bantahan itu diadakan.
“Saya dimaklumkan insiden itu berlaku di luar pintu besar masjid dan dilakukan oleh kumpulan lain yang bukannya dari AMIS. Apa yang berlaku ini tiada kaitan dengan isu politik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan