Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 29 Januari 2010

Biarpun digantung matlamat saya tercapai:Khalid Samad

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3g6IkSxW5Yl3h5-iZ_IrnR32rjnw6clf76v3b6DjO4KU231FBK9VfKrnAYEWJx0EXkkJaEFCv6XMxfrB95-G7LHK_-ZoErSlZl_tYOZEuN62UNc-L-MoHFRB_ETfsXlNCrA0f0aAlTXU/s320/khalid.jpg

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini berkata, beliau tidak kecewa walaupun digantung jawatan sebagai Yang DiPertua Pas Shah Alam dan Ahli Lujnah Politik Pas Pusat selama enam bulan berkuatkuasa semalam kerana matlamatnya telah tercapai.

"Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minimum saya telah pun tercapai," katanya di dalam laman blog beliau www.khalidsamad.com hari ini.

"Tindakan Datuk PJ (Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali) selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejaskan pakatan pembangkang Selangor," katanya.

Khalid berkata, Dr Hasan tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi.

Semalam, Jawankuasa Disiplin Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapati kedua-duanya bersalah dan Dr Hasan turut dikenakan amaran bertulis.-Bernama

Tiada ulasan: