Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 16 Januari 2010

Khalid tidak gentar amaran Jais



SHAH ALAM - Amaran yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya tidak ada individu yang berani mempertikaikan keputusan yang dibuat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu penggunaan kalimah Allah, sedikit pun tidak menguggat kelantangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Menurutnya, beliau akan terus memberikan pandangan selagi tidak mendapat maklum balas yang berasas dan kukuh daripada jabatan itu khususnya mengenai isu tersebut.

“Saya akan terus bercakap sehingga mereka (Jais dan Mais) memberikan jawapan danrespons yang kukuh kepada persoalan yang saya bangkitkan.

“Saya minta Jais beri penjelasan.....bukannya amaran keras ataupun ugutan. Saya beri (pandangan) dengan dalil sepatutnya mereka (Jais) beri penjelasan dengan dalil juga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Khalid berkata, Jais tidak seharusnya mengamalkan sikap ‘aku buat keputusan, kamu ikut’ jika mereka tidak dapat memberikan hujah yang kukuh.

Kata beliau, walaupun ada keputusan-keputusan yang telah dibuat sebelum ini tidak bermakna ia tidak boleh menerima pandangan baru berikutan perkembangan semasa.

Tiada ulasan: