Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 11 Januari 2010

Guna ISA perlihat kegagalan pihak berkuasa





SHAH ALAM - Jika kerajaan mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas pihak yang terlibat dalam serangan ke atas gereja, memperlihatkan kegagalan proses siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terutama dalam mengemukakan bahan bukti.

Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan perlu menyiasat serangan ke atas gereja bagi membolehkan pihak bersalah didakwa di mahkamah dan bukannya menahan di bawah ISA.

“Kerajaan tidak boleh mengambil jalan mudah dan rakyat tidak harus diugut dengan ISA sedangkan penyiasatan boleh dilakukan, pendakwaan dan pihak yang dituduh ada saluran membela diri.

“Jika kerajaan berkeras menggunakan ISA bagi mengadili pihak yang didakwa terlibat dalam serangan ke atas gereja menunjukkan kegagalan pihak berkuasa mengemukakan bukti kukuh untuk membicarakan kes itu ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan pelbagai pihak supaya kerajaan menggunakan ISA selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein memberikan amaran akan berbuat demikian susulan insiden merosakkan gereja, sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ISA tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

“Jika niat menggunakan ISA, sebenarnya kerajaan mengulangi kesilapan dengan menzalimi hak asasi manusia yang ditahan tanpa perbicaraan,” katanya.

Tiada ulasan: