Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 1 Januari 2010

Siri kedua Road Tour Dato' Tuan Ibrahim Tuan di Negeri Perak.

Siri kedua RoadTour Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sempena meraikan Sambutan Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri ialah Program Liqaul Fiqri yang telah diadakan di Musolla Al-Ehsan (MAE), Paya Renggam Padang Rengas, Taiping semalam.
Program tersebut berlangsung lancar. Kehadiran lebih 800 jamaah jauh dan dekat memenuhi setiap ruang di MAE, sungguh mengujakan. Pas Kawasan Batu Gajah telah menghantar 5 orang wakil yang diketuai oleh setiausaha kawasan, Sdr Razman. Antara pemimpin yang hadir ke majlis ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Perak YB Khalil Idham Lim, Adun Selinsing YB Ramli Tusin, Adun Changkat Jong YB, Adun Lubuk Merbau YB Zainuddin, YB Anuar Sudin dan Ustaz Norazli Musa. Jemputan istimewa ialah Naib Presiden PAS pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Satu program yang cukup mantap untuk mengisi fikrah rohaniah cintakan Islam dan perjuangannya. Sesungguhnya perjuangan untuk Islam itu tidak ada akhirnya, kecuali dipisahkan oleh MATI.

Banyak isu yang disentuh oleh beliau di dalam kuliahnya. Dari isu kegagalan MP Parlimen yg gagal hadir pada Sidang Khas 14 Disember lalu, hinggalah kepada isu maki hamun, tohmahan dan fitnah blog keatas pimpinan PAS, telah dijelaskan dengan tepat dan ampuh. Program yang dimulai selepas solat Asar itu berakhir 10 minit sebelum Maghrib.




Setiausaha PAS Batu Gajah, Sdr Razman sedang mendaftar


wakil- wakil setiap kawasan mendaftar


Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar memberikan ucapan permulaan


Ustaz Norazli Musa Turut hadir



Naib Presiden PAS pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man



Dato' Tuan Ibrahim memberi ucapan






wakil- wakil sangat khuyuk mendengar ucapan Dato' Tuan Ibrahim





Wakil Muslimat



Antara wakil muslimeen





BUBAR DUN PERAK !!!


pemimpin PAS



Ustaz Abu Bakar dan YB Khalil Idham Lim sedang menunaikan solat maghrib



jamuan makan



Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pergi ke program seterusnya..

Tiada ulasan: