KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong sepenuhnya tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang cadangan untuk melantik wakil Kerajaan Negeri dalam Jawatankuasa Wang Ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya menyokong tindakan itu yang tidak akan sama sekali menerima sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan kerana Kelantan selayaknya mendapat royalti bukannya wang ihsan.
“Sepatutnya, Kerajaan Negerilah yang akan mencadangkan pelantikan wakil Kerajaan Pusat dalam jawatankuasa royalti minyak kerana ia adalah milik Kerajaan Negeri bukannya sepertimana yang mereka inginkan.
“Ini kerana JPP itu sendiri merupakan suatu entiti yang asing dan tidak sepatutnya wujud kerana ia hanya ada di negeri yang berada di bawah pemerintahan pembangkang dan tidak wujud di negeri-negeri lain,” katanya.
Sinar Harian semalam menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang menolak tawaran Kerajaan Pusat untuk melantik wakil Kerajaan Negeri dalam Jawatankuasa Wang Ihsan dan akan bertindak menyebarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat mencuri harta Kerajaan Negeri.
Abdul Latif berkata, DPPNK turut berpendirian bahawa Kerajaan Pusat yang ditunjangi Barisan Nasional sepatutnya me-ngetepikan sentimen politik demi kepentingan rakyat yang inginkan royalti minyak.
Katanya, penafian mereka terhadap kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lalu itulah yang sebenarnya membawa kepada amalan konfrontasi politik yang tidak berkesudahan di Kelantan.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan