Tuduhan Khalid tak turun padang satu pembohongan
BANDAR TUN RAZAK- “ Orang gila di Bandar Tun Razak pun kenal Tan Sri Khalid Ibrahim,” kata Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, Azman Abidin.
Beliau berkata, tuduhan beberapa individu di kawasan rumah pangsa Sri Pulau Pinang bahawa Khalid tidak pernah turun ke kawasan mereka adalah satu pembohongan.
“Tuduhan ini adalah tidak berasas, temu bual yang dilakukan oleh pemberita terbabit seperti sudah dirancang atau mempunyai agenda tersendiri,
“Kami percaya ada serangan politik di sebalik perkara yang berlaku dan hal ini sangat mengecewakan,” katanya ketika sidang akhbar di Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (BTR) semalam.
Katanya lagi, setelah hampir dua tahun Khalid menerajui BTR ini, keseluruhan kawasan sudah dilawati kecuali Kem Sungai Besi.
“Rakyat di BTR sudah menjangkau 200 000 orang, sudah semestinya tan sri tidak sempat untuk bersalaman dengan semua rakyat di sini, tetapi beliau ingat akan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di sini,
“Sekurang-kurangnya, dua kali sebulan beliau memperuntukkan waktunya untuk turun di BTR dan sepanjang dua tahun ini sudah 36 kali beliau turun,” jelasnya.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang PKR BTR, Mad Ghazali Khasari, Naib Ketua Cabang PKR BTR, Othman Karim, Chin Chee Kong , dan Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen, S.Kana.
Terdahulu, pada 22 Januari 2010, laporan berita televisyen telah menemu bual beberapa orang di rumah pangsa Sri Pulau Pinang, dan rata-rata mereka mendakwa bahawa Khalid tidak pernah turun ke kawasan mereka.
Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa mereka tidak kenal siapa ahli parlimen mereka dan berkata Khalid tidak perlu sibuk di kawasan mereka.
Sementara itu, Naib Ketua Cabang PKR BTR, Othman Karim berkata, dakwaan itu seperti didalangi oleh pihak yang iri hati dengan Khalid.
“Tuduhan itu sama sekali tidak wajar kerana di Sri Pulau Pinang sahaja Khalid sudah tiga kali turun di kawasan itu.
“Antaranya merasmikan Hari Keluarga & Kesihatan, majlis perkahwinan salah seorang penghuni di situ, dan pada hari raya korban yang lalu Khalid turut menyumbangkan seekor lembu di Madrashah Muhammadiah di kawasan itu,” katanya.
Kata Othman lagi, tidak sampai setahun memenangi PRU-12 yang lalu Khalid telah menyelesaikan beberapa isu yang tertangguh lebih 17 tahun di BTR iaitu, pemasangan paip air di Taman Tenaga dan isu perlesenan penjaja di Taman Connaught yang tertangguh selama empat tahun.
Tambah beliau, kekerapan Khalid turun ke BTR tidak dapat dinafikan dan tidak boleh dibandingkan dengan pemimpin terdahulu kerana walaupun beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar kepada lebih 4 juta rakyat Selangor beliau tetap ada masa untuk rakyat di BTR.
Sehubungan dengan itu, seluruh ketua cabang dan kepimpinan PKR di BTR menegaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas dan mereka sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Khalid.
Sementara itu, ketika ditanya apakah tindakan susulan yang akan dilakukan oleh pihak PKR BTR terhadap laporan media tersebut berliau berkata, pihaknya akan berusaha menjelaskan isu ini kepada segenap masyarakat di BTR dari masa ke masa.
Selain itu, katanya, mungkin rakyat tidak nampak akan usaha yang dilakukan oleh Khalid berikutan beliau tidak dapat liputan yang menyeluruh daripada akhbar-akhbar tempatan yang lain kerana dimonopoli oleh pihak tertentu.
Justeru, kepimpinan PKR BTR tidak akan patah semangat dengan propaganda yang dilakukan ini, malah terus mahu bekerja untuk rakyat di BTR.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan