NIBONG TEBAL- Seorang ibu tujuh anak bertindak mencurah petrol ke badan sebelum membakar diri di rumahnya di Jalan Hutan Lipur di sini awal hari ini, ekoran kecewa dengan sikap salah seorang anak gadisnya yang degil.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Shafien Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam, mangsa yang berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai makan di sini, melecur 54 peratus di bahagian badan.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku ketika wanita itu sedang menasihati anak perempuannya berusia 15 tahun yang degil dan kerap tidak pulang ke rumah.
"Mangsa turut meluahkan perasaan dan menceritakan bahawa masalah yang ditimbulkan anaknya yang masih bersekolah itu telah menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Shafien berkata mangsa yang ketika itu terlalu emosi bertindak keluar dari rumah lalu mencurah petrol ke badan sebelum menyalakan lilin dan membakar dirinya.-Bernama
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan