Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 23 Januari 2010

Seladang seri dengan Kenari

TM Liga Super 2009

Sabtu 23 Januari 2010
Stadium Darul Aman, Alor Setar
8:45PM

Kedah 1 - 1 Perak


Click image to close this window

Skuad seladang nyaris memalukan pasukan Kedah untuk kali ketiga dihadapan ribuan penyokong mereka di Stadium Darul Aman apabila mereka mencatatkan keputusan seri 1 - 1 pada perlawanan kelima TM Liga Super 2010 malam tadi.

Permainan yang secara keseluruhannya dikuasai oleh pasukan tuan rumah sememangnya mendebarkan segelintir penyokong Perak yang hadir apabila banyak percubaan bahaya yang dilakukan barisan serangan Kedah nyaris-nyaris menghasilkan gol awal.

Ketika permainan hanya berbaki 2 minit pada masa tambahan separuh masa pertama, Razali Umar membuat larian pantas mengelirukan 2 pertahanan Kedah ketika menerima bola lambung dari rakan dan seterusnya menewaskan penjaga gol Kedah untuk gol pertama.

Separuh masa kedua minit ke 55, terjadi aksi pergaduhan antara penyerang Perak, Saufi Sa’aidi dan pertahanan Kedah, Shafizan Hashim berpunca dari pergelutan bola di udara dan pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain.

Tidak lama kemudian hujan mulai turun di Darul Aman dan Kedah berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma Baddrol Bakhtiar dari jarak 40 meter yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Perak, Khairul Izwan pada minit ke 71.

Selepas gol tersebut Kedah melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu pasukan Perak namun barisan pasukan kendalian Raja Azlan Shah ini berjaya menyerap segala tekanan yang diterima dengan baik untuk mengutip satu mata di Alor Setar.

Keputusan seri ini adalah antara keputusan terbaik untuk Perak selepas tidak pernah menang mahupun seri ketika berhadapan dengan Kedah sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Alor Setar walaupun mempunyai pemain-pemain berstatus bintang dahulu.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Syazwan Roslan
Hafiszuan
Nazri Kamal - 1
Shafuan Adli
K. Nanthakumar (K)
Hafiz Rahman - 2
Saufi Sa’aidi
Razali Umar - 3

Pertukaran:

Arif Fazlie - 1
Azmeer Yusof - 2
Shahrizal Saad - 3

Keputusan Perlawanan Lain - 23 Januari 2010

Plus FC 0 - 0Kuala Lumpur
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang vs Negeri Sembilan (ditunda)
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu 4 - 0 Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs T-Team (ditunda)
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin

Perlis 2 - 0 Pulau Pinang
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kelantan 4 - 1 Johor FC
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Tiada ulasan: