Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 5 Januari 2010

Sudah dua bulan tanpa perkembangan: DS Nizar


[NIZAR.JPG]

IPOH - Menteri Besar yang sah, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin masih menunggu keputusan mahkamah berhubung kedudukan jawatan itu yang sehingga kini belum ada sebarang jawapan.

Katanya, kes itu dibawa ke mahkamah bagi menentukan siapa layak menerajui kerajaan negeri selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat (PR) lompat parti dan menyertai Bebas.

“Sehingga kini, setelah lebih dua bulan berlalu, keputusan berhubung kedudukan menteri besar belum diputuskan. Saya akan tetap menunggu walaupun tidak tahu bila mahkamah akan memutuskannya.

“Pada saya, sehingga kini kes ini tiada sebarang perkembangan menunjukkan ia akan selesai, sebaliknya terus membisu tanpa sebarang keputusan,” katanya.

Mohamad Nizar berkata, apabila hal sedemikian berlaku, beliau bimbang jika kes itu terus senyap akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap institusi kehakiman dan meninggalkan persoalan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan kenapa berlaku sedemikian, sama ada secara kebetulan ataupun sengaja.

“Kalau ia disengajakan. bermakna persepsi masyarakat terhadap institusi kehakiman bertambah pudar, malah reputasi serta imej kehakiman akan terjejas. Tetapi, saya tidak pasti benar ke tidak, sebab itu saya mempersoalkan tindakan ini dan kenapa belum ada sebarang perkembangan.

“Ini juga secara tidak langsung boleh mewujudkan sikap prasangka dan kurang kepercayaan masyarakat terhadap sistem perundangan negara. Bukan bermakna mempersoalkan tindakan mahkamah ini sebagai satu hentaman, tetapi mahukan penjelasan kenapa ia masih tertangguh,” katanya.

Tiada ulasan: