Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 10 November 2010

Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrfd54hysAL8qBgAhstdpsGFE9-jOL8yePcDugy2tqgr3iSPS_GCxvxzEGw5HwyMYSc6WYzcLP4A5IcEOJ13y-W5EWaoycApAQlOtLR-WtHS4jQwqfQItt5MCK9z4P_-W7mQor1fQfPhA/s400/tazkirah-ust-azizan.gif

ALOR SETAR , 11 Nov. :
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hilang sabar apabila Kerajaan Negeri terus didakwa bersikap lepas tangan dalam menangani isu banjir selain beliau sendiri dituduh tidak turun padang melawat mangsa.

Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.

“Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram,” katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.

Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.

Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.

“Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menjengah mangsa, cuma wartawan tidak ikut,” katanya.

Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.

Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah.

"Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.

Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.

Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.

“Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya,” katanya.

Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.

Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.

Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: “Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."

"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam,” katanya sambil berlalu pergi.


1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

MB Kedah marah nampak?

Macam cerita Tiga Abdul.

Inilah wajah pemimpin Islam yang wajib ditonton dalam video yang disertakan oleh Paeh.

Pemimpin Islam PAS ini telah lama memperjuangkan Islam tajaan PAS.

Terima kasih Paeh.

Sekian.