Sudah menjadi tugas media yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain untuk mencari jalan mencipta dan menyebarkan propaganda yang memberikan keuntungan ataupun faedah kepada kerajaan Barisan Nasional.
Kali ini Berita Harian memainkan peranan untuk memutar belitkan berita dan gambar-gambar mengenai peristiwa di Lojing di mana Tuan Guru Nik Aziz Mengislamkan tiga Orang Asal <--Sila klik. Sebaik sahaja meng "Islamkan" ketiga tiga orang asal tersebut, Tuan Guru Nik Aziz memberikan wang zakat kepada muallaf tersebut lantaran mereka sudah dikira sebagai satu daripada asnaf yang layak menerima wang zakat. Sebaliknya Blog-blog pro kerajaan memutar belitkan cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz merasuah Orang Asal agar mengundi PAS. Manakala gambar di bawah pula adalah screenshot dari keratan akhbar Berita Harian. Berita Harian sengaja memutar belitkan cerita dari "wang zakat kepada membeli undi". ReJaM©"Lihatlah, kalau perbuatan baik mengislamkan orang Asli ini pun tergamak diputarbelitkan sehingga begitu rupa, apalagi perkara lain?" - Milosuam.blogspot.comSementara Harakahdaily pula melaporkan...Orang Asal diberi wang zakat selepas masuk Islam
GUA MUSANG, 3 Nov: Umno didakwa benar-benar terdesak sekarang apabila pemberian zakat kepada tiga Orang Asal yang memeluk Islam kelmarin dianggap pula sebagai rasuah pilihan raya.
Kejahilan mereka tidak mampu disembunyikan lagi apabila memperlekehkan pemberian zakat kepada Orang Asal yang menganut Islam.
Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, tidak timbul sama sekali duit yang diberi kepada pemuda Orang Asal yang menganut Islam sebagai rasuah pilihan raya kerana ia merupakan pemberian zakat.
(Berbandingan antara dua darjat: Kedua2nya di Galas...)“Islam menggalakkan saudara baru dibantu bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru. Jadi bantuan tidak seberapa yang diberi kelmarin ketika kunjungan Menteri Besar ke penempatan Orang Asal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru.
“Saudara baru termasuk dalam lapan asnaf yang perlu dibantu terutamanya melalui sumbangan duit. Jadi isu ini nampak sangat dipolitik Umno selepas mereka kehabisan modal,” katanya.
pria malaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan