Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 23 November 2010

"BE-END berdepan kekalahan"

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/07/fatah2.jpg

KOTA BHARU - ‘Angin kencang’ mengenai desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bakal diadakan antara Mac atau April tahun depan, namun Pas Kelantan menyifatkan jika benar tarikh itu dikotakan, Barisan Nasional (BN) seperti mencari nahas.

Bagaimanapun, Pas negeri berpendapat awal tahun depan mungkin dilihat BN waktu sesuai PRU diadakan berikutan keadaan Pakatan Rakyat yang tidak konsisten akibat sedikit pergolakan dalaman parti.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas negeri, Abdul Fatah Haron berkata, pihaknya tidak percaya BN berani membubarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat semata-mata ingin mengadakan PRU.

“Ini berdasarkan tiga alasan termasuk faktor ekonomi, faktor dalaman parti dan APCO� ekonomi negara masih tidak pulih sepenuhnya, masalah dalaman parti juga masih tidak berkesudahan.

“Kerajaan sudah tentu perlu mendapat nasihat daripada syarikat perundingan antarabangsa Apco Worldwide (Apco) yang dilantik sebelum memanggil PRU pada suku pertama tahun depan,” kata Ahli Dewan Undangan Bukit Tuku itu, semalam

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan PRU 13 yang dijangka berlaku awal tahun depan serta persediaan Pas dalam menghadapinya kelak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dikhabarkan kemungkinan akan mengadakan PRU pada suku pertama tahun depan selepas dikatakan bakal merombak barisan kabinet sedia ada dalam usaha memperkuatkan jentera parti.

Menurutnya, walaupun awal tahun depan disifatkan seperti BN menggali kubur sendiri jika tetap mengadakan PRU itu namun mungkin berdasarkan kajian dibuat BN mendapati inilah peluang terbaik merealisasikan PRU 13.

Ini kerana, katanya, Pakatan Rakyat kini tidak konsisten terutama dalam Parti Keadilan Rakyat yang berlaku sedikit pergolakan.

“Oleh itu BN merasakan ini kesempatan terbaik yang boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap PR.

“Namun bagi Pas, kita tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana Pas sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRU 13 bila-bila masa,” katanya.

Fatah berkata, apa yang pasti menjelang pilihan raya jentera parti akan bekerja lebih keras daripada biasa.

Menurutnya, jika kerajaan umumkan PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pula ia berita baik kepada Pas kerana semua menteri tidak akan berkumpul di satu-satu tempat sahaja.

Katanya, fokus kawasan yang luas sepanjang berlangsungnya pilihan raya akan memberikan kelebihan kepada pihaknya untuk berkempen dalam kawasan sendiri.

Tiada ulasan: