Pas Kawasan Batu Gajah meneruskan misi membantu golongan susah dan yang memerlukan tidak kira bangsa dan agama. Semalam, Pas Kawasan Batu Gajah yang diketuai oleh Calon PAS di Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Bin Zainun bersama- sama pimpinan PAS kawasan telah memberi bantuan kepada warga India di sekitar Batu Gajah.
Ternyata ramai masyarakat India khususnya di Bawah DUN Sungai Rapat dipinggirkan. YB Hamidah seolah- olah tidak wujud kerana dia langsung tidak pernah menziarah apatah lagi membantu. Mereka sangat terharu diatas kedatangan kami. Kami dilayan dengan cukup baik.
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
1 ulasan:
Assalammualaikum,
Orang politik kalau betullah nak memperjuangkan kehidupan rakyat yang kurang senang hidupnya, tak perlulah tunjuk gambar posing diri hanya nak bagi bungkusan kecil. Janganlah syok sendiri. Orang susah tahu harga pertolongan kamu walau sekecil mana pun.
Tapi tanyailah diri!, beras, gula, tepung atau lainnya yang sekampit itu tahan sampai bila ?. Seminggu, sebulan atau setahun. Lainlah kalau boleh bagi tiap-tiap bulan walau pun beras sekampit kalau bercermat dapat juga melepaskan 'rimas' mecari beras untuk seminggu. Tak apalah lauknya mereka cari sendiri. Ada lada, ada garam dan daun ubi pun dah cukup. Cara UMNO, PAS atau apa sahaja partinya tetap serupa ~ bukan saja musim mengundi, musim air naik pun mesti bawa juru gambar. Di kampungku, sejak dua tahun yang lalu dah ada orang datang bagi beras sekampit menyambut puasa. Alhamdulillah, itu pun berpilih-pilih. Mereka yang rumahnya dijaga dan sentiasa kemas dan bersih memang jamin tak dapat, penghuninya walaupun dah lanjut usianya dikatakan dah kaya. Tak apalah kerana itu pemberian dari orang perseorangan.
Tuan-tuan, bukan itu cara nak tunjuk jadi pemimpin dan bukan itu bukti nak dijadikan contoh menolong rakyat. Kamu fikir dan timbang-timbanglah sendiri, tapi janganlah sampai jadi macam yang kat Penang tu, duit yang dah masuk poket orang tua pun mahu dikebas jugak ~ ditakut-takutkan makan duit haram. Dan jangan pula bagi sekampit tapi bilnya dua kampit setengah. Orang susah memang wajib di bantu. Saya tetap sokong orang bulan, Wassalam.
Catat Ulasan