Pemuda Pas sedia semuka MB IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri bersedia bersemuka dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menjelaskan dakwaan mereka kepada Timbalan Pesuruhjaya Satu, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya bersedia menerima cabaran menjelaskan pendirian mereka tetapi mesti dilakukan dalam satu pentas terbuka.
Menurutnya, ia memberi peluang kepada rakyat memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).
“Pihak kami juga bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan Dr Zambry jelas mendukung amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Pihak kami menantikan persetujuan pihak Dr Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.
“Sekiranya MB gagal memberikan sebarang maklum balas, ini bermakna Dr Zambry bersetuju dengan dakwaan kami namun, masih mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari dari akidah Islam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
31 Oktober lalu, Dr Zambry meminta pendirian Pemuda Pas berhubung perbuatan Mohamad Nizar yang berpakaian serba hitam memegang sebatang lilin menyala bertafakur dalam majlis memperingati mendiang Teoh Beng Hock 17 Julai tahun lalu di Wisma DAP.
sinar
1 ulasan:
Bersemuka konon yang kau orang pegang lilin sembah Teo beng hock tu apa bodoh punya PAS
Catat Ulasan