Sidang DUN negeri ` kejor yop kejor ` datang lagi….perasaan dan emosi ` getek ` semakin terbuku. Mungkin ramai dah lupa dengan 3 orang pengkhianat rakyat yang nama mereka tak layak di sebut disini hingga menyebabkan tersungkur kerajaan rakyat masih terus membenci. Teman terus membenci hinggakan terbawak dalam doa harian teman.
Tanggal 30 November 2010 bakal tiba dan seluruh rakyat Negeri Perak menanti detik ini dengan penuh minat dan kadang – kadang ` libang - libu ` atau bimbang….mudah – mudahan kembalinya Menteri Besar ini dari tanah suci akan mengubah persepsi negatif pada sidang DUN yang lalu…..teman sebut mudah – mudahan walaupun tidak mengharapkan sangat.
Kesemua ADUN berjumlah 59 orang sepatutnya diberikan kemuliaan dalam setiap kali persidangan dewan itu diadakan sesuai dengan mulia Dewan Undangan Negeri itu. ADUN Pakatan Rakyat mendakwa pihak Barisan Nasional menganiaya mereka, walaupun mereka tidak menimbulkan keributan.
Keributan berpunca apabila pihak keselamatan yang membuat pemeriksaan yang ketat, malah menimbulkan suasana ketakutan kepada mereka.Malah ada pihak yang tidak dikenali indentitinya turut berlagak sebagai pegawai keselamatan. Persoalannya kenapa ADUN Barisan Nasional dipermudahkan urusan mereka ?.
Untuk apa ramainya polis – polis ini. Kata DS Nizar Ini bukanlah ` majlis persidangan polis ` kerana ramainya mereka didalam dewan mengatasi jumlah pengubal undang – undang negeri.Itu belum lagi yang berada diluar dewan dalam kawasan bangunan SUK, diluar bangunan SUK,Kedai – kedai makan berhampiran dan sebagainya.
Teman hairan jugak dulu….bukankah sebelum Bn kalah dalam pilihan raya umum ke-12 di Perak dia mampu kendalikan sidang tanpa gangguan polis. Kenapa selepas kalah polis begitu ramai?
Rakyat percaya jika usaha – usaha sungguh – sungguh pihak polis yang ramai ini bertugas dalam memastikan keselamatan sidang terkawal ini dihalakan kepada kepada kes – kes yang besar dalam negara sudah tentu penjenayah dapat diberkas dengan tenang dan pantas.
Dewan Undangan Negeri ini adalah rumah atau medan tempat wakil – wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya 5 tahun sekali dan bukannya permohonan menjadi anggota polis yang diadakan sekali seumur hidup.Berikanlah kuasa dan hak mereka yang rakyat berikan untuk membangunkan negeri yang tercinta ini walaupun berbeza fahaman politik atau parti.
Rakyat nak tanya kenapa kawasan peranginan Teluk Rubiah yang yang berstatus zon pelancungan ditukarkan kepada zon perindustrian. Teluk Rubiah Beach & Golf Resort ataupun Teluk Rubiah sepertimana yang dikenali, telahpun menutup pintunya. Teluk ini telahpun dijual kepada syarikat besi Brazil. Mulai bulan Oktober, teluk ini akan ditutup kepada orang ramai selama-lamanya dan padang golfnya pula akan bertukar menjadi kilang besi. Teman tidak le pulak….sukakan padang golf tu…..tapi bagaimana dengan laut, flora dan fauna yang indah anugerah tuhan itu.
Yang teman hairan di China sebuah negara yang besar sempena Sukan Asia mempenalkan kempen hijau dan indahkan bandar, desa, pejabat dan sebagainya….tapi di Perak ini pulak kawasan laut yang terkenal dengan keindahannya dibinasakan kerana habuan kroni – kroni tertentu.
Teman difahamkan kemungkinan besar sidang itu diadakan dalam satu hari sahaja seperti sidang – sidang DUN yang lalu. WallahuAlam.Hanya rakyat Perak yang peka sahaja yang mampu menilaikannya.
Kalau perkara ini berlaku suatu yang amat malang bagi rakyat Negeri Perak. Pengalaman yang lalu dalam Sidang DUN yang membentangkan bajet Negeri Perak hanya dalam beberapa minit sahaja meluluskan wang yang berjuta - juta ringgit. Sekali lagi rakyat yang peka sahaja mampu menilaikannya.
Teman bukan apa kalau DS Zambry atau sesiapa sahaja nak bersama dengan isteri masing – masing pun mesti bertemakan ` ringan – ringan didahulukan, sentuhan mesra diutamakan…..maksud teman dibelai – belaikan rambutnya dan usik mana yang patut barulah sudah ` climax` …jeng jeng jeng….nak bersetubuh pun makan masa inikan pulak bincang masalah negeri yang rakyat dan wangnya jugak berjuta – juta.
Rakyat kena sedar bahawa Sidang DUN ini bukan cerita kisah R. Ganesan penjual kacang putih dari Behrang yang meniaga di Stesen Bas Slim River atau Mak Chik Midah dari Sungei Rapat yang jual ais kepal di gigi Jalan Kampung Sengat, tetapi sidang ini membincang hal urusan negeri. Kalaulah Allayarham A.R Tompel masih hidup,tentu ayat yang pertama keluar dari mulutnya ` Imposible `....rakyat kata posible.
Nampaknya memang dunia ini sudah sampai akhir zamannya, kerana petunjuk yang diajar oleh tok – tok guru bahawa tanda – tanda akhir zaman ialah yang jauh menjadi dekat, sungei yang lebor dan besor menjadi sempit dan sebagainya. Malah makanan yang susah dibuat menjadi mudah kini seperti roti canai segera, mee segera, pau segera dan akhirnya otak manusia pun berfikir segera tanpa merujuk kebenaran wahyu Ilahi.
Teman teringat zaman bebudak dulu,nak main gasing dengan kekawan teman buat sendiri bukan beli.Untuk tu teman ceroye – ceroye atau cari - cari mana – mana batang pokok limau atau jambu yang boleh dibentuk menjadi gasing .Nak siap sesuatu gasing pun memakan masa 2-3 hari baru siap. Kalau Sidang DUN itu diadakan satu hari juge pada 31 Mac 2010 tu, maka teman nak cadangkan supaya yang merintah Perak ni jadi bebudak balik le. Nak merintah negeri dengan strategik tetapi bukan mainan magik.
Dulu Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh Dato` Seri Nizar memohon perbincangan khas sebelum Sidang DUN diadakan supaya perjalanan mesyuarat tersebut berjalan dengan baik dan harmoni tapi tidak dilayan.
Teman yakin ini keikhlasan Pakatan Rakyat untuk sama – sama membangunkan Negeri Perak.Tiba – tiba Dr. Zambry kata Pakatan Rakyat takde hak untuk mengarahkannya dan beliau diibaratkan Pakatan Rakyat sebagai sindrom bulan mengambang.
Pandai pulak dia kata Pakatan Rakyat takde hak mengarahkannya.Mungkin MB Mahkamah ni dah lupa yang pimpinannya itu pun hasil rampasan hak rakyat.
Sidang DUN dulu Speaker R.Ganesan dengan mentah - mentah menolak soalan - soalan dewan oleh ADUN Pakatan Rakyat dengan alasan tidak mengikut prosedur kerana tidak diemaikan kepada pejabat speaker sedangkan ADUN tersebut telah menghantarnya secara ` by hand `. Kali ini sekali lagi beliau menjadi hero dengan memberikan amaran bahawa ADUN Pakatan Rakyat jangan buat provokasi.
Kita tunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan