Dermasiswa pelajaran bagi para mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke menara gading ditawarkan oleh Yayasan Perak.Ini adalah salah satu bentuk sumbangan yang diberikan oleh pihak yayasan tersebut.
Menurut Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ), Saudara Mohd Hafez Sabri, pihaknya mendapat belbagai rungutan daripada beberapa mahasiswa akan ketelusan didalam pemberian pinjaman atau biasiswa kepada mahasiswa yang berkelayakan.
Beliau menyatakan antara tujuan dermasiswa pendidikan ini adalah untuk membantu mahasiswa untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan semester pertama di tahun pertama ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA),IPTS terpilih,Kolej Komuniti,Politeknik dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di peringkat Sijil,Diploma,Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.
Isu yang timbul berkenaan dermasiswa ini ialah bilamana Pendapatan bagi ibu bapa dibawah rm1500 sebulan tidak melayakkan anak mereka untuk memperoleh dermasiswa akan tetapi Golongan ibu bapa berpendapatan tinggi yakni melebihi rm1500 mendapat peruntukkan dermasiswa tersebut.
Perkara ini jelas tidak adil dan menunjukkan sifat tidak professional Yayasan Perak, tegas beliau.
Menurut beliau juga, ramai ibu bapa yang kecewa dengan pihak yayasan tersebut kerana anaknya tidak dapat memperoleh sumbangan dermasiswa berkenaan.
Memetik ucapan beliau “Saya ingin mempersoalkan tentang sistem pengagihan dermasiswa kepada pihak yang layak ini kerana terdapat ibubapa yang mempunyai anak yang ramai tidak dapat untuk menerima dermasiswa itu sedangkan ada ibubapa yang berpendapatan sebulan melebihi rm5000 dapat dermasiswa tersebut.”
Melihat kepada perkara ini, pihak IPMM menggesa kepada pihak Yayasan Perak agar membuat penelitian dan pemerhatian semula bagi menentukan mahasiswa-mahasiswa yang berhak memperoleh dermasiswa tersebut, tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan