Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 5 November 2010

TG Nik Aziz- Jangan kecewa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas .

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS.

Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka.

Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu.

"Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya.t

1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Dengarlah nasihat penasihat 25% kita, Nik Aziz yang disanjungi.

Dia kata janganlah kecewa.

Walaupun dinasihatkan jangan kecewa, kalau dikenangkan hati tetap kecewa apabila kalah di Galas.

Dr Zul bukan pilihan hati ahli PAS tapi boleh diberi peluang bertanding lagi pada PRU 13 nanti sebab dia ada ijazah.

PAS mengajak pengundi Galas yang berada di luar supaya pulang mengundi PAS dengan menyediakan sedikit sedekah perjalanan sebanyak RM250 dan RM200 setiap orang mengikut negeri dan jarak perjalanan.

Harus diingat ini BUKAN RASUAH sebab PAS bukan parti rasuah. Oleh sebab PAS adalah parti JUARA RASUAH, hanya pemimpin sahaja yang layak menentukan bahawa sesuatu pemberian itu adalah sedekah atau rasuah.

Dalam majlis pengislaman orang asli di Galas, pemberian beberapa ratus RM (bukan dirham atau dinar emas)adalah wang zakat, bukannya RASUAH POLITIK.

Dengan pemberian wang zakat ini, orang asli tidak pernah lupa slogan PAS, UMNO beri pitih ambil, tapi undi PAS.

Orang Asli juga tidak pernah lupa kawasan hutan mereka digondol untuk dijadikan Ladang Rakyat PAS Kelantan.

Orang Asli juga tidak lupa dengan janji munafik PAS di Galas.

Orang Asli juga tidak lupa bahawa PAS hanya mampu mengeluarkan sijil kosong pengurniaan tanah di Ladang Rakyat.

Walaupun PAS kalah KO di Galas, janji manis PAS perlu ditunaikan.

Pengundi di Galas tidak lupa pasal janji manis di negeri yang dikuasai PR belum tertunai sampai sekarang.

Itulah sebabnya PAS jadi hamPAS di Galas.

PKR terus lintok di Batu Sapi.

Jumpa lagi di lain pilihanraya.

Sekadar sedikit tazkirah.

Sekian.