Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 8 November 2010

Apa terjadi dengan PKR??

Zaid Ibrahim bersama para penyokongnya selepas sidang media di rumahnya di Petaling Jaya hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 9 Nov — Datuk Zaid Ibrahim, yang semalam mengejutkan ramai dengan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, hari ini mendesak Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan kepimpinan parti.
Pada sidang media di rumahnya pagi ini yang menjadi tumpuan wartawan, bekas menteri itu menyalahkan kedua-dua Azmin dan Anwar berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung.
“Saya ingin berkata, jika mahu PKR bergerak ke depan, Anwar dan Azmin mesti pergi (tinggalkan parti)... kerana mereka adalah punca (kepada kesemua) masalah," kata Zaid.
Kini, Anwar merupakan penasihat PKR manakala Azmin, salah seorang naib presiden, bertanding jawatan timbalan presiden.

1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Walau apa pun terjadi kepada PKR, ia tetap kawan PAS.

Walau pun dasar PKR bukannya dasar Islam, ia tetap kawan PAS.

Walau pun dasar DAP dasar yang tersangat jauh dari Islam, ia tetap kawan PAS.

Walau pun dasar UMNO dekat dengan Islam, ia tetap musuh nombor wahid PAS.

Orang bukan Islam dipeluk dan serasi, saudara seIslam dibenci dan dicaci.

Orang bukan Islam hendak diIslamkan tapi tak berjaya, orang Islam dikafirkan akibat kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC.

Paeh, adakah anda bertanya diri sendiri.

Apakah nak jadi dengan PAS?

Tidak mengapa PAS kerjasama dengan DAP dan PKR. Tidak jadi apa pun.

Alasannya, tahaluf siyasi.

UMNO dituduh kafir oleh PAS kerana UMNO berkawan dengan MCA dan MIC.

Dalam hal ini, UMNO tidak boleh tapi PAS pula jadi boleh.

Jadi PAS semuanya BOLEH.

Hendak mengumpat, mencaci, fitnah, pengundi hantu, berkawan syaitan, demonstrasi, menipu, kata2 tak senonoh, gelaran buruk, rasuah, lantik kroni di PMBK dan lain2 semuanya PAS boleh buat.

PAS kata kami buat tak kan berdosa.

Orang lain di luar PAS buat itu berdosa.

Memang hebat fatwanya.

Sekian.