Alahai Harussani, kita dah bagi bukti yang cukup untuk membuktikan tuduhan si Zambry tu melakuan syirik dan khurafat. Yang percaya sangat si haram tu buat apa??. Nampaknya Harussani sanggup menggadai prinsip Islam demi mempertahankan si Zambry.
Wahai Harussanai. Ini bukti yang cukup sahih untuk membuktikan si Zambry.
DS Zambry Tidak Kurafat - Mufti Perak
Kenyataan Mufti Perak
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, mengesahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong Kuala Kangsar, bulan lalu.Katanya, ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.“Selepas mendapat gambaran daripada Dr Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai niat melakukan perkara itu malah tidak mengetahui majlis berkenaan diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.“Menteri Besar memberitahu beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat,” katanya ketika dihubungi semalam.Jelasnya, Zambry juga melakukan perbuatan menaikkan tiang seri atas permintaan orang ramai, malah beliau tidak tahu ancak dan mengatakan tidak berniat.“Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat,” katanya. Pembangkang hanya saja buat kecoh tapi bila Nizar dan beberapa orang PAS pegang lilin depan gambar Teo Beng Hock boleh pula, apa jenis PAS ini.
1 ulasan:
Assalammualaikum,
Mengapa perkara sekecil batang mancis mahu dipanjangkan menjadi lidi. Seorang yang berpendidikan tinggi seperti tuan tentunya mengetahui apa yang telah dilakukan. Mustahil tuan tidak dapat membezakan doa dan mentera atau sebagainya. Kalau doa kata tuan doalah jadinya. Dalam Islam perbuatan kita kitalah yang bertanggung jawab. Di akhirat yang mendapat pembalasannya juga kita.
Penaung kita adalah iman kita sendiri. Bukan Mufti, bukan Imam dan dan bukan lainnya selain diri sendiri.
Kalau tuan terlanjur cepat-cepat lah bertaubat, Mengapa angkuh terhadap Allah. Dan jika difikirkan kita perlu memohon maaf sesama manusia kerana perbuatan kita juga mencemarkan orang sebangsa dan seagama, hulurkanlah tangan memohon maaf tanda keinsafan zahir batin. Mengapa perlu berselindung dengan jaminan orang lain. Hukuman di akhirat Allah sahaja yang mengetahui. Bolehkah Harunsani memberi jaminan yang kamu akan terhindar dari hukuman Allah. Mungkin kepercayaan gereja ia dibolehkan. Pembangkang, mengapa perlu ia dipanjang-panjangkan lagi, seolah-olah kamu tidak pernah tersilap langkah tujumu.
Perlukah tuan menceritakan taubat tuan kepada sesiapa waima kepada Nizar ?. Tidak sekali, Nizar juga seperti Harunsani tiada kuasa di akhirat. Bertaubat kepada Allah, caranya tentu tuan lebih arif lagi.
Wassalam.
Catat Ulasan