Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 1 November 2010

Ape deme bagi ambik je, tapi tetap undi bulan!!

GUA MUSANG 31 OKT: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengundi tidak perlu menolak imbuhan dan projek-projek yang dijanjikan oleh Umno-Barisan Nasional(BN).

Yang penting, menurut beliau ialah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi parti yang membela rakyat tanpa mengira kaum, dan tanpa dibelenggui masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

"Kita dengar Umno datang, di kawasan Cina tadi. Saya sebut minta banyak-banyak sikit untuk sekolah Cina mintalah. Bila bagi cek bulan 12 jangan. bagi cek paling lambat 3 haribulan," berucap pada ceramah perdana di Galas.

Menurut Anwar lagi kesediaan Umno-BN untuk menjanjikan wang dan projek harus diterima oleh rakyat.

Namun undi mereka harus diberikan kepada parti yang mahu menegakkan keadilan dan membela rakyat secara berterusan dan bukan hanya pada musim pilihan raya.

"Kita minta sebab di Permatang Pauh pilihan raya kecil, masjid surau yang tak minta pun semua dapat. Paling kurang RM200,000. Jadi kalau ada masjid surau di Galas tak dapat ok kena dapat. Di Sibu semua sekolah Cina dapat. kena minta. Lepas dapat tulis surat terima kasih. Tiga haribulan hari bulan bagi ucap terima kasih. Empat haribulan undi PAS, undi bulan," saran beliau.

Dalam pada itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa pengundi Galas merujuk kepada rekod pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau di Pulau Pinang sebagai bukti Pakatan Rakyat tidak meminggirkan mana-mana kaum.

"Bukti yang tak dapat dinafikan semasa pemerintahan tahun terakhir BN dibawah kawan baik saya, Koh Tsu Koon lah(Pulau Pinang). Dulu dia bagi peruntukan kepada hal ehwal Islam RM12.5 juta. Tahun pertama PKR memerintah kita naikkan kepada RM20.5 juta. Tahun ini naikkan lagi RM24.3 juta lebih besar dari apa yang diberi oleh Khoo Tsu Koon pada 2008," ujar Lim yang turut menangani tuduhan-tuduhan liar Umno dan MCA mengenai kerjasama PAS dan DAP.

"Bila BN mainkan perkauman, dia kata 'itu PAS dikuasai oleh DAP'. Tapi kalau dengar itu MCA, dia cakap 'DAP dikuasai oleh PAS'. siapa kuasa siapa? saya nak beritahu kita tak ada kuasa antara satu sama lain, yang berkuasa dalam Pakatan Rakyat bukan DAP, bukan PAS, bukan PKR, yang berkuasa ialah rakyat," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

tvnews

1 ulasan:

azri berkata...

kah kah..insyallah..kita tgk ye sahabat sp yg kena kali..amin..anwar perlu bertobat.