Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 2 November 2010

Undi Dr. Zul bermakna undi Tok Guru

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Hatta Ramli menegaskan bahawa undi yang akan diberikan kepada calon PAS amat penting kerana ia berkait rapat dengan kepercayaan kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.


"Satu undi yang diberikan kepada calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamad merupakan satu undi juga diberikan kepada Tok Guru Nik Aziz", tegasnya.

Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kelantan selama ini membolehkan kerajaan Kelantan yang ditadbir dibawah kepimpinan Tok Guru dan PAS boleh bertahan sehingga 20 tahun walaupun banyak rintangan dan cabaran yang dihadapi terutamanya dari Barisan Nasional (BN) di peringat pusat.

Calon yang dikemukakan oleh PAS untuk bertanding di DUN Galas untuk pilihan raya kecil kali ini merupakan calon yang tepat dan mempunyai kreadibiliti yg baik.

Menurut beliau yang juga Bendahari PAS Pusat, beberapa manifesto calon yang dikemukakan telah disetujui oleh Tok Guru Nik Aziz.

Antaranya manifesto atau tawaran yang dikemukakan oleh Dr. Zul yang diterima oleh Tok Guru adalah Menubuh Urusetia Hal Ehwal Orang Asli.

Ini menunjukkan bahawa walaupun calon PAS belum memenangi pilihan raya di DUN Galas, beliau telah pun mengemukakan cadangan dan idea yang bernas yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat Galas sekaligus rakyat negeri Kelantan dan ia dtelah dipersetujui oleh Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Dr. Zul nyata seorang yang profesional dan dapat menggunakan ilmu perubatannya untuk memberi manafaat kepada masyarakat setempat" terutama kata beliau.

Beliau yang sudah mengenali Dr. Zul sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, yakin bahawa calon PAS itu dapat melaksanakan tugas dan janji beliau sekiranya memenangi pilihan raya kecil ini.


Tiada ulasan: