Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 14 November 2010

Kita perlu berlumba dengan UMNO!!


SHAH ALAM – Ahli Pas perlu berlumba dengan UMNO dan berusaha mengaktifkan semula cawangan supaya menjadi kukuh demi mencapai matlamat menggantikan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, untuk menggantikan UMNO, setiap ahli dituntut bergabung tenaga untuk menggiatkan usaha memberikan pemahaman yang lebih terperinci tentang konsep politik Islam yang dibawa Pas.

Ia bukan sahaja perlu disampaikan kepada mereka yang beragama Islam, malah kepada yang bukan beragama Islam.

“Dengan pendekatan baru, kita sudah sampai kepada peringkat masuk ke tempat-tempat yang kita tidak fikir. Contohnya di Sibu, majlis yang dianjurkan menerima kehadiran lebih kurang 5,000 orang yang terdiri daripada bukan Islam.

“Kita kena berlumba dengan UMNO dalam memberi pemahaman perjuangan Pas. Sebagai parti Islam, tentulah rujukan kita sunnah Nabi.

”Jadikan perlumbaan itu sebagai kunci kejayaan," katanya dalam ucapan penutup seminar :Pas Sedia Ganti UMNO di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, semalam.

Katanya, Pas tahu UMNO mempunyai keupayaan yang lebih baik daripada Pas.

"Tetapi kita sendiri nak berlumba dengan UMNO, itu tandanya kita ingin menjadi lebih baik daripada dia (UMNO),” katanya.

Tiada ulasan: