SHAH ALAM : Apabila ramai menyedari UMNO adalah ejen kepada Britsh, lalu ramai yang keluar dari UMNO, hanya kelongsong sahaja.Demikian antara penegasan Presiden PAS. DS. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang semasa merasmikan Program Seminar PAS Sedia ganti UMNO yang diadakan di DewanBSA di sini.
Katanya lagi sejarah tidak dan yang benar tidak boleh ditutup.
Jati diri orang Melayu makin tehakis disebabkan UMNO tidak berjuang dengan semangat Islam tetapi atas smeangat Bangsa.
Presiden PAS juga menegaskan Islam tidak menghalang hubungi silaturahim walaupun dengan bukan Islam. Ini adalah hak.
Kita bersedia mengambil ahli tempat UMNO, mengambilnya untuk meruntuhkan Jahiliyah dengan kekuatan aqidah, ilmu, Organisasi dan jentera.Tegannya.
Kemenangan yang akan diberikan adalah bersyarat. Dan mesti mempunyai persedian membina dengan Ilmu dan Aqidah.
Allah jadikan perjuangan Islam bukan menang mudah dan ini adalah lumrahnya.
Para pejuang mestilah menyediakan kekuatan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak menyembunyikan kekuatannya.
Selain itu Presiden PAS menekankan PAS mestilah mempunyai organisasi yang baik.Seperti mempunyai ahli yang ramai Cawangan dan kawasan yang kuat.
PAS tidak sama dengan UMNO dalam soal kerjasama dengan orang bukan Islam, kita melaksanakan tahaluf siyasi. Kita bergabung kerana Islam Ada feqah politik kerana feqah bukan hanya dalam sembahyang sahaja.
UMNO dia kerjasama dengan tidak ada jati diri, bukan Islam bergabung dengan kita dengan mereka menerima dasar PAS.
Kita menawarkan diri kita untuk mengambil alih kuasa. Kita sedar kita boleh menang bukan hanya dengan sokongan Ahli kita sahaja, dimana orang UMNO juga ada yang menyokong kita
Kalau UMNO menerima Islam, Kita sokong mereka, sebaliknya jika mereka menolak Islam dan muzakarahpun mereka tolak maka kita menawarkan untuk mengambil alih tempat UMNO.
1 ulasan:
Wahai Paeh,
Selepas hampir terkena dengan EGM Nik Aziz tidak lama dahulu, Hadi berkata PAS sedia ganti UMNO.
Betulkah PAS bersedia ke arah itu?
Mari kita teka.
Sejak dapat tambahan kerusi di Parlimen dan DUN serta menguasai 4 negeri dan terguling di sebuah negeri, PR (tak berdaftar) telah nampak ego apabila mereka bergabung.
Pada permulaan nampak yakin gabungan mereka dalam memerintah 4 negeri.
Namun, keyakinan mereka dalam memerintah setahun jagung mereka semakin menampak telor mereka yang sumbang di sana sini.
Kadang2 pakatan ini sangat rapuh apabila mereka nampak janggal sesama sendiri.
Isu pasir, ladang mega babi, lembu, isu MB Perak, kerajaan bawah pokok, kereta Camry diguna macam harta sendiri, doa khutbah LGE, Kg Buah Pala, roboh gerai, menantu di PMBK, isu air Kelantan, Ladang Rakyat, Lojing digondol, balak di Kelantan, isu liwat II, RM 4 bilion sedekah kepada Kelantan, isu air Selangor, isu 'zakat' orang asli, isu Nik Aziz dengan Mohd Nor Deris, EGM Nik Aziz, isu tajaan Nik Aziz ke Mekah, isu moral pemimpin PKR termasuk Elizabeth Wong, roboh gerai, ahli PR keluar parti, kerusi terbang, bergaduh, penipuan pemilihan PKR dan isu yang tidak terkata banyaknya untuk diungkap.
Dengan isu yang sebegini banyaknya yang berlaku akhirnya jari PR dituding kepada UMNO dan BN.
Kerajaan yang ditubuhkan di negeri dikuasai PR (tak berdaftar)menampakkan kadar politiking yang tinggi berbanding mentadbir negeri tersebut.
Keadaan kucar-kacir ini dihebatkan lagi dengan tingkah laku antara mereka sesama sendiri dalam PR (tak berdaftar).
Dengan kelemahan yang semakin ketara ini, bersediakah mereka mengganti UMNO?
Tepuk dada tanya PR (tak berdaftar) yang kini semakin goyah.
Gerak geri PR (tak berdaftar) sudah pun diketahui jantan betinanya.
Kini rakyat tahu siapa yang perlu mengganti siapa dan siapa pilihan mereka.
Apabila mereka memerintah di negeri tersebut, mereka berlagak serba tahu pada hal mereka baru setahun jagung.
Sekian.
Catat Ulasan